24 September 2009

Kopi Radix

Minuman Kopi Radix dirumus khas untuk para penggemar aroma kopi yang penuh khasiat. Berikut antara khasiat Kopi Radix;


  • Sebagai 'afrodisiak' menambah fertiliti (kesuburan)
  • Melawas air kecil dan air besar (sembelit)
  • Mengatasi masalah 'frigid' bagi wanita
  • Tongkat Ali sebagai herba utama (tonik)
  • Menghilangkan sakit sendi, urat serta menguatkan otot
  • Mengaktifkan biosintesis ke atas hormon endorgen
  • Berfungsi sebagai anti-kanser / anti-viral
  • Mengandungi flavonoid sebagai anti-oksidan
Kandungan Kopi Radix;

  • Tongkat Ali
  • Mata Pelanduk
  • Teja Lawang
  • Tebu Gajah
  • Larak
  • Mengkudu Hutan
  • Halban Hitam
Harga;

  • Radix Papan: Ahli RM16.00, Bukan Ahli RM21.00
  • Radix Jumbo: Ahli RM26.00, Bukan Ahli RM32.00
  • Radix Biasa: Ahli RM13.00, Bukan Ahli RM16.00

11 fakta tentang Kopi Radix (Sumber: HPA Online Network)

  • Pengurangan kafein dalam kopi radix tidak menggunakan bahan kimia methylene chloride tetapi ianya dikurangkan oleh Akar Tebu Gajah (Albizza Myriophilla) yang bersifat antidot yakni penawar racun.
  • Walaupun kafein dan air panas boleh memusnahkan vitamin C, tetapi vitamin C dalam kopi radix bersifat bioflavonoid (vitamin P) yang datangnya dari Akar Mengkudu Hutan (Morinda Eliptika) tidak dimusnahkan.
  • Agen antioksidan dalam kopi radix jauh lebih tinggi kerana ianya mengandungi Akar Halban (Vitex Pubescen) yang lebih bersifat Antioksidan.
  • Kesan afrodisiak (ghairah seks) dalam kopi radix ditingkatkan lagi dengan adanya Akar Tongkat Ali yang mendapat paten antarabangsa (Eurycoma Longifolia)
  • Kesan angin dalam kopi dapat ditawarkan oleh Akar Teja Lawang (Cinnamomum Inners) yang dimasukkan dalam ramuan kopi radix.
  • Akar Mata Pelanduk (Ardisia Crispa) dalam ramuan kopi radix dapat melancarkan kencing sekaligus dapat menyingkirkan asid urik berlebihan di dalam tubuh.
  • Kopi radix dapat meningkatkan kadar metabolisma tubuh kerana Akar Larak Hutan (Polyalthiya Hypolica) di dalam kopi radix dapat mengawal pengeluaran hormon tyroksin. Akar Larak Hutan juga bersifat kardiotonik yakni menguatkan jantung dan juga membanyakkan pengeluaran susu ibu bagi ibu yang menyusukan anak.
  • Kopi radix tidak menggunakan aroma tiruan yang boleh menyebabkan kencing berbau seperti kebanyakan kopi pracampuran lain dipasaran.
  • Kopi radix boleh mendapatkan tidur yang berkualiti kerana Xeronin dalam Akar Mengkudu Hutan dapat meransang Sel T menghasilkan hormon Melatonin yang mengawal kualiti tidur.
  • Akar Tongkat Ali dalam kopi radix berusia lebih 20 tahun yang kaya dengan mineral semulajadi seperti kalsium dan magnesium.
  • Kopi radix juga dapat mengurangkan ketagihan merokok jika ada niat untuk berhenti merokok.

Wallahualam. Semuanya ini dengan IZIN ALLAH jua. Kita merancang, Allah yang menentukannya. Allah yang menjadikan penyakit, Allah lah juga yang menyembuhkannya. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.

Tambahan Fakta tentang kopi radix adalah hasil catatan penulis dari kuliah Tuan Hj Ismail di dalam perjumpaan PJS MALAYSIA diawal tahun 2005 di Ayer Kroh Melaka dan ditampung dari catatan kuliah-kuliah Tn Hj Ismail dalam KPJ dan PIC. Tn Hj Ismail adalah Pengarah Urusan HPA INDUSTRIES SDN BHD pengeluar KOPI RADIX.

Radix Sarsi

Radix Sarsi adalah minuman ringan yang dapat memberikan kesegaran dan keseronokan untuk dinikmati. Sesuai untuk dihidangkan dalam pelbagai majlis dan suasana. Sinergi khas herba dalam minuman ini menjadikannya istimewa dan berbeza dengan pesaingnya disamping rasa sarsi (perasa yang berasal dari pokok sarsaparilla, Smilax regelii).

Kandungan flavonoid dalam S. regelii menunjukkan aktiviti keimunan positif dan perlindungan pada organ hati. Kehadiran minuman ringan ini diharap dapat memberi alternatif kepada para penggemar minuman berkarbonat untuk memilih kehidupan yang lebih sihat dan pilihan anda adalah pilihan dunia

Harga


  • 1.5 liter : Ahli RM3.30, Bukan Ahli RM3.50

  • 500 ml : Ahli RM2.00, Bukan Ahli RM2.50

23 September 2009

Radix Koko

Alhamdulilah HPA telah mula memasarkan produk alternatif kepada MILO yang dikenali sebagai Radix Koko.

"Radix Koko ternyata lebih sedap daripada produk koko yang lain", itulah sebahagian komentar yang diterima dari pengguna.

Mungkin perlu dijelaskan bahawa Radix Koko telah dimasukkan ekstrak tunas barli yang mula bercambah. Kalau anda pernah melihat taugeh daripada kacang hijau tentu anda akan faham tentang tunas yang baru bercambah pada biji barli. Oeh sebab itu rasanya begitu lemak dan berkhasiat.

Koko memang terkenal untuk afrodisiak namun begitu Radix Koko HPA ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi untuk berfungsi sebagai pelawas dan koko sendiri boleh mendatangkan ketenangan pada penggunanya.

S: Apakah HPA memasukan herba dalam Radix Koko?

J: Tidak, kerana koko mempunyai rasa yang sangat sensitif kepada perubahan.Radix Koko lebih mensasarkan pasaran kanak-kanak dan produk halal daripada HPA.

13 September 2009

Bagaimana Menyertai Keluarga HPA

Terima kasih kerana berminat untuk menyertai keluarga HPA.

Untuk menyertai keluarga HPA, anda boleh pergi ke cawangan/stokis berhampiran untuk mendapatkan borang keahlian. Bersama borang keahlian yang berharga RM30.00 anda akan dibekalkan dengan kit niaga yang mengandungi katalog produk dan lain-lain dokumen.

Pendaftaran keahlian adalah untuk seumur hidup dan tidak perlu diperbaharui. Pihak kami bersedia untuk menguruskan pendaftaran keahlian anda sekiranya anda memerlukan khidmat kami. Untuk maklumat lanjut hubungi myHPAlibrary di 012-4698582 @ emel ke myhpalibrary@gmail.com

Keistimewaan Sebagai Ahli HPA
  • Dengan hanya RM30, anda sudah layak menjadi ahli HPA untuk seumur hidup! Tiada yuran tahunan.
  • Anda boleh mewarisikan peniaggan anda kepada pewaris anda.
  • Anda memperolehi pelan pemasaran yang adil dan sukses dengan 11 ganjaran bonus yang disediakan.
  • Memperolehi untung runcit untuk semua produk dari 20% - 25%.
  • Jika anda ingin meningkatkan nilai tambah (add value) kepada kemahiran bekam, akupunktur, refleksologi, kiropraktik, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, iridologi (anak mata), lidah dan denyutan nadi, anda berpeluang mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan dari semasa ke semasa.
  • Anda boleh melabur dalam Koperasi Wahida HPA. Anggaran pulangan 10-25%.
  • Mempelajari bagaimana menjana pendapatan 5 Angka menerusi Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) HPA.
  • Anda yakin 100% anda telah menggunakan produk 100% halal.
  • Membangunkan ekonomi umat Islam.

Jadi, sertailah HPA hari ini juga dan sokonglah produk halal dan suci keluaran orang Islam.

"Produk Halal Tanggungjawab Bersama"

06 September 2009

Minyak But-But

Minyak but-but mengandungi ramuan lebih dari 100 jenis herba, termasuk jenis tumbuhan yang kebiasaannya digunakan oleh burung but-but untuk membuat sarangnya.

Antara kelebihan minyak but-but adalah:

  • Untuk Patah Tulang: Panaskan minyak dan sapukan pada bahagian yang patah dan terus balut dengan kain. Amalkan bersama Radix sebanyak 6 kapsul sehari.
  • Untuk Bawasir: Sapukan minyak but-but di bahagian dubur/anus yang terkeluar. Amalkan bersama Ficus, Pelawas, dan Coscinium Plus.
  • Untuk Darah Tinggi & Lumpuh/Stroke: Panaskan sedikit minyak but-but dan sapukan kebahagian leher dan bahagian yang terasa kesemutan dan lumpuh.
  • Untuk Urut: Minyak but-but bersifat sejuk di luar dan panas didalam ini akan meresap ke lapisan epidermis mampu untuk mengubati saraf yang terganggu.
  • Sengatan Serangga: Ambil kapas dan basahi minyak but-but dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.
  • Luka-luka Kecil: Ambil kapas dan sapukan pada bahagian yang luka.
  • Terkena Air Panas / Luka Terbakar: Sapukan minyak but-but ke bahagian yang mengelembung.
  • Cirit-Birit: Minum satu sudu kecil bersama air suam.
  • Kembung Perut: Panaskan sedikit minyak dan urut perlahan-lahan secara berulang kali di bahagian perut secara memutar. Untuk kanak-kanak digunakan daun sirih dan sapu minyak but-but di bahagian perut.
  • Athma (Kanak-kanak Kecil): Minum satu sudu kecil pada waktu malam dan sapukan pada bahagian dada dan selimut kanak-kanak tersebut.
  • Bayi yang Sering Menangis Pada Waktu Malam: Sapukan pada bahagian kening atas pada setiap malam.
  • Kanak-Kanak yang Sering Kencing Pada Waktu Malam: Sapukan pada bahagian ari-ari sebelum tidur. Di samping itu dicadangkan amal madu asli.
  • Lemah Tenaga Batin: Lakukan urutan pada bahagian zakar pada setiap hari
  • Wanita Menopause: Digunakan untuk menghilangkan rasa sakit ketika bersama suami.
Harga
  • 1 botol (75 ml): Ahli RM8.00, Bukan Ahli RM10.00

Ayam Kita (Ayam Organik HPA)


Isu ayam semakin hangat dibincangkan di dalam surat akhbar, risalah dan media massa. Begitu juga di masjid dan surau, begitu banyak ustaz yang membicarakan tentang halal dan haram. Ini haram itu haram.

Terpanggil diri ini untuk bertanya, jika semuanya haram, bagaimana pula dengan alternatifnya? Adakah telah sedia ada dipasaran? Maka, wajarlah produk barangan HPA dijadikan sebagai alternatifnya atau pengganti kepada barangan asing. Hapuskan produk asing.

Mungkin ada dalam kalangan saudara yang bertanya, ini semua adalah gimik perniagaan dengan bertujuan untuk menjual produk barangan HPA. Saya katakan tidak sama sekali. Persoalannya adalah, pernahkah saudara terfikir makanan yang diberikan kepada ayam yang diternak hari ini?

Dengan kata lain, makanan atau dedak ayam yang diberi kepada ayam ternakan. Pernahkah saudara menganalisis dan mengenal pasti bahan-bahan yang dicampurkan ketika membuat proses makanan ayam? Pernahkah saudara mengambil sampel DNA ayam ternakan hari ini? Adakah ia tidak bercampur dengan DNA babi.

Bukanlah niat saya untuk menjejaskan industri ternakan ayam, tetapi marilah kita berkongsi sedikit maklumat dan kebenaran mengenai isu ayam ini. Pada hari ini, terdapat satu bahan yang dikenali sebagai Dicalcium phosphate telah dicampur ke dalam proses membuat makanan ayam. Kenyataan ini telah diperjelas dan suarakan oleh pihak JAKIM dan CAP.

Apakah itu Dicalcium phosphate? Ia adalah satu bahan yang diperbuat dari serbuk tulang-tulang binatang. Persoalannya dari tulang binatang manakah yang diambil? Berdasarkan kajian, kebanyakkan DCP yang terkandung dalam makanan hari ini dipercayai diperoleh daripada tulang babi yang telah disiap proses menjadi serbuk. Bahkan dengan mencampurkan DCP ke dalam makanan ayam hari ini, ia didakwa mampu membesarkan ayam dengan lebih cepat dan gemuk.

Yang kita soalkan disini adalah kehalalan. Pembeli utama ayam dipasaran hari ini adalah umat Islam.

Ya, mungkin ada dalam kalangan kita menyatakan, ayam itu halal kerana disembelih mengikut cara Islam dan dijual oleh orang Islam. Yang kita tegaskan disini ialah makanan yang dimakan oleh ayam itu sekaligus akan menjadi sebahagian daripada DNA ayam itu sendiri bukanlah kaedah sembelihannya atau dibeli daripada orang Islam.

Maka, Alhamdulillah HPA mengambil tanggungjawab ini dengan menyediakan bekalan ayam organik yang diternaknya sendiri dengan berteraskan makanan herba.

Diantara makanan yang dijadikan sebagai makanan ayam ialah habbatus sauda, jagung, ubi dan bijirin. Manakala vaksin ayam itu pula ialah dengan menggunakan daun mambu. Pada hari ini saja, ayam yang diternak oleh HPA mampu menanggung keperluan selama setahun. Subhanallah.

05 September 2009

IMT - Paint Killer dari Herba

HPA berjaya memperkenalkan paint killer (ubat tahan sakit) dari herba yang dikenali sebagai IMT. IMT bukan sahaja boleh menghilangkan kesakitan tetapi ia merupakan anti keradangan yang kuat dan tidak meninggalkan kesan sampingan seperti ubatan yang lain.

IMT ternyata memberikan kesan kelegaan sakit lebih cepat atau sama dengan ubatan kimia. Tanpa bahan yang boleh memberikan kesan negatif dalam jangkamasa panjang.

IMT merupakan salah satu produk yang boleh digunakan untuk menguatkan sistem daya tahan badan melawan penyakit seperti Selesema Babi.

Dos yang dicadangkan untuk demam yang berlarutan:


  • 2 kapsul selang 2 jam

  • 4 kapsul selang 4 jam

*Sekiranya demam berlarutan dapatkan nasihat doktor