22 October 2009

Radix Bakery House


Radix Bakery House HPA yang terletak bersebelahan dengan Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC) memulakan perniagaannya pada 5 Ogos 2009 yang lalu selepas dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail Haji Ahmad.




Radix Bakery House ini menggunakan produk-produk HPA seperti olive oil, madu, kismis, kopi radix, koko radix, jem nenas, jem roselle dalam pembuatan kek dan roti yg dijamin HALAL.Di samping itu juga produk-produk Radix Bakery House ini mempunyai keunikan tersendiri kerana mengandungi herba-herba HPA.


Di antara produk-produknya ialah cup cake, muffin, aising cake, pizza,cream puff, roti, butter cake, biskut dan lain-lain.Di antara sebab-sebab yang membuatkan HPA mahu menubuhkan kedai keknya sendiri adalah kerana menyahut seruan daripada JAKIM dan PPIM yang mengatakan bahawa lebih daripada 80% kek yang dijual di pasaran pada hari ini menggunakan berus yang mengandungi bahan haram.


Penggunaan jeli dan gelatin serta keju yang berleluasa dalam pembuatan kek ini juga antara faktor usaha dari HPA ini. Alhamdullillah, keju yg digunakan dalam produk Radix Bakery House ini adalah diperbuat daripada minyak kelapa sawit seperti yg dimaklumkan oleh Tuan Haji semasa perasmian berlangsung.


Penggunaan mentega dan pewarna juga membimbangkan kita. Tetapi HPA tetap mencuba mencari altenatif lain yang dapat menggantikan bahan ini. Malah ada juga kek yang mengandungi sedikit alkohol untukk membuatkan kek tersebut jadi gebu dan besar.


Semua masalah ini Insyaallah, HPA berusaha untuk mengadakan altenatif lain.Semoga perniagaan kek ini dapat didirikan di setiap daerah agar tiada lagi kebimbangang terhadap produk kek di Malaysia.

21 October 2009

Jom Berubah

Kami ingin mengajak semua ahli HPA sekalian dan juga yang bukan ahli HPA khususnya umat Islam untuk sama-sama beralih menggunakan produk SUCI & HALAL HPA dalam setiap produk asas harian di rumah anda.

Apa yg perlu anda lakukan hanyalah menukar produk kegunaan harian di rumah anda kepada produk jenama HPA.

Kenapa perlu berbuat demikian? Kerana sebagai umat Islam kita wajib mencari produk yg suci dan halal. Apatah lagi produk HPA dihasilkan oleh syarikat bumiputra Muslim.

Adakah anda yakin produk yang anda gunakan sekarang ini suci dari bahan-bahan yang meragukan? Atas sebab itu anda harus melakukannya dengan niat untuk membawa produk suci dan halal ini ke dalam rumah. Disamping itu, bagi ahli HPA pula dalam masa yang sama anda akan dapat mengumpul Nilai Mata (NM) dan berpeluang menikmati bonus daripada HPA.

Apa produk HPA yang anda boleh cuba dan tukarkan?

Di sini disenaraikan antara produk kegunaan harian yang anda boleh tukarkan kepada produk HPA.

Air minuman: Air Mineral HPA
Aiskrim: Aiskrim Toyyibah (perisa koko, kopi, jagung dan vanilla)
Ayam: Ayam Organik HPA
Baja: Baja Organik HPA
Balm: Balm Pala Aromatik
Bedak: Bedak Talkum Lelaki, Wanita dan Bayi
Bedak Sejuk: Bedak Sejuk Tompok Hitam HPA
Bengkung/Barut: Barut berherba/Azzahraa Corset (untuk selepas bersalin)
Beras: Beras Perang Organik
Berus Gigi: Berus Gigi Kasturi
Biskut: Biskut Radix, Biskut Coklat Radix
Cecair Pencuci Tangan: Orange Wash
Cecair pencuci pinggan: Wahdah
Daging: Daging Kambing, Lembu Organik HPA
Diapers/Lampin pakai buang: Diapers Babyku HPA
Fish Cake, Ball, Nugget, Burger: Fish Cake, Ball, Nugget, Burger HPA
Jem: Jem Roselle, Jem Nenas
Kelengkapan Umrah dan Haji: Produk Omrahaj HPA
Kopi: Kopi Radix, Kopi O Radix, Kopi Radix Diet (menggantikan Nescafe, kopi)
Kordial minuman: Kordial Roselle/Pegaga/Kurma/Mangga/Jambu Merah
Kosmetik: Centella White
Losyen Badan: Body Hydrating Lotion HPA (Centella White)
Mee kuning: Mee Kuning
RadixMilo/minuman coklat: Radix Koko
Minuman Berkarbonat: Radix Cola, Radix Sarsi, Radix Oren, Ice Cream Soda Radix
Minuman bijirin: Cereal Radix (menggantikan nestum, quaker oat)
Minyak angin: Minyak Sahara (pengganti minyak angin cap kapak)
Minyak Bayi: Minyak Bayi HPA
Minyak rambut: Tonik Pandan /Tea Tree Oil Cream/Minyak Zaitun
Minyak/Krim urut: Minyak But-but/Krim But-but
Pencuci Tandas, Lantai, Pinggan: Pencuci Widuri, Merbau, Angsana
Penghindar Serangga: Penghindar Serangga Jasmin (pengganti Ridsect dll)
Perapi rambut: Hair Conditioner HPA
Perencah: Perencah Alami
Rempah Kari: Rempah Kari Daging, Ikan HPA
Sabun mandi: Sabun Safron/Susu kambing/Pegaga/Cassia/Whitening/Men 2 in 1/Cucumber Bath Gel
Sabun pencuci baju: Freesia Plus (serbuk dan cecair)
Sate: Sate Ayam Organik HPA
Sos: Sos Cili, Tomato, Thai, Roselle HPA
Sosej: Sosej Ayam HPA
Syampu rambut: Syampu Betik/ Pandan Kasturi/Pegaga/Aromaterapi
Teh: Teh Herba/Teh Asiatica Plus/ Teh Tropika/Teh Manjakani/Minuman ALG/Minuman Serai
Tepung Ayam Goreng: Tepung Goreng RFC
Ubat batuk: Madulia
Ubat gigi: Ubat gigi herba HPA, Amal

Kami yakin, sudah pasti produk-produk yang kami senaraikan di atas adalah produk yang sering anda gunakan setiap hari.

Akan datang akan ada lebih banyak lagi produk HPA berbentuk kegunaan harian yang akan dikeluarkan.

Oleh itu, jangan berlengah lagi…Mari Bersama Kami menggunakan produk SUCI & HALAL HPA ini.Buat ahli HPA, jadilah pengguna setia produk HPA…Buat mereka yang belum menjadi ahli HPA, sertai kami segera untuk merasai kehebatan produk HPA dan berpeluang menjadi usahawan produk Halal yang berjaya…

Buat umat Islam, marilah bersama kami menggunakan produk HPA ini, kalau bukan anda, siapa lagi yang akan menyokong produk umat Islam ini!

Sumber: Duniaherba

19 October 2009

Herba Pelawas

Usus merupakan organ utama dalam menentukan kesihatan seseorang. Makanan yang berserat tinggi dapat mengurangkan risiko kepada penyakit jantung dan kadar kolesterol tinggi.

Produk ini merupakan herba yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan amat baik kepada mereka yang menghadapi permasalahan di bahagian usus. Pelawas dapat mengurangkan risiko penyakit dengan mengurangi masa transit makanan pada saluran gastrousus dan membantu mengurangkan kadar kolesterol LDL serta membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Sehubungan dengan itu, Pelawas dapat mengurangkan risiko sakit jantung kerana ia bertindak mengikat lemak-lemak dan asid empedu yang dikelaurkan sebagai bahan buangan sehingga pengamal akan mendapati kadar kolesterol LDL akan menurun setelah beberapa minggu mengamalkan Pelawas.

Produk ini bertindak sebagai serat mudah larut dan amat sesuai untuk penderita kencing manis kerana Pelawas dapat mengendalikan kadar gula dalam darah.Pelawas juga dapat menyerap kadar air yang tinggi dan ini akan memudahkan proses pembuangan air besar.

Pelawas dapat mengubati permasalahan dalam usus besar seperti divertikulitis dan irritable bowel syndrome (najis tersumbat dan terlekat pada dinding usus besar).

Pelawas amat baik untuk mereka yang ingin mengawal kadar berat badan yang berlebihan.

Kandungan Bahan: Ipmea Reptans

Cara Pemakanan: Amalkan 2 kapsul pada malam dan 2 kapsul pada siang.J

Jumlah Kandungan: 75 kapsul per botol

Harga:

Ahli RM16.00

18 October 2009

Spirulina (Kapsul)

Spirulina (Arthospira) adalah sejenis ganggang biru hijau dan sejak puluhan tahun yang lalu telah dijadikan makanan kesihatan melalui penelitian para ahli dunia. Makanan yang dikonsumi oleh manusia sekarang banyak menyebabkan terkumpulnya toksid dalam badan, sehingga menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, sakit jantung, imuniti turun, fungsi organ menjadi lemah dan lain-lain. Hal ini merupakan masalah besar di negara-negara maju kerana 60% penyebab kematian disebabkan oleh faktor kekurangan zat-zat makanan.

Manfaat Spirulina adalah:

1. Meningkatkan aktiviti anti-virus
2. Menurunkan kadar kolesterol
3. Menurunkan risiko serangan kanser
4. Meningkatkan daya tubuh badan
5. Mengurangkan keracunan pada ginjal
6. Meningkatkan jumlah mikroba lactobacillus yang terdapat di dalam usus
7. Mempercepatkan penyembuhan luka
8. Mengatasi masalah kekurangan zat/mineral
9. Mengurangi penderitaan akibat radiasi.

Komposisi (60 Kapsul per botol)
Dos :1-2 kapsul pagi, dan 1-2 kapsul malam (baik untuk anak-anak mahupun orang dewasa atau lanjut usia).

Harga:

Ahli RM24.00, Bukan Ahli RM 30.00

Sumber: DuniaHerbaHPA

Wahdah (Cecair Pencuci)

Cecair pencuci Wahdah ini dapat menanggalkan kotoran minyak pada pinggan mangkuk. Juga bertindak melembutkan tangan dan boleh digunakan bagi yang mempunyai tangan sensitif.

17 October 2009

Kismis Minda

Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa. Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya.

Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot.
Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.


Nama-nama bagi kismis:
  • Inggeris : Grape seed / Raisin

  • Arab : Zabib

  • Melayu : Kismis

  • Saintifik/latin : Vitis vinifera

Khasiat dan Kegunaan Kismis:

  • Melindungi hati.

  • Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).

  • Melawaskan pembuangan air besar.

  • Memperbaiki tone dan keanjalan kulit

  • Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).

  • Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.
Harga:
Ahli RM8.00

Kordial Kurma Madu

Kandungan Utama: Kurma & Madu Lebah

Kepentingan Jus Kurma:

  • Kurma memudahkan proses kelahiran serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

  • Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, kalium, vitamin A, C, niasin.

  • Kajian saintifik menunjukkan kurma berkesan mengubati gangguan usus yang kronik.

  • Mengandungi protein dan garam galian yang membantu menghalang penghasilan sel darah putih berlebihan di usus kecil.

  • Mengatasi sembelit, namun tidak sesuai untuk penghidap diabetes.

  • Penawar untuk masalah insomnia.

  • Gula dalam kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong justeru melegakan batuk.

  • Unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita mengandung (baik untuk perkembangan fetus) dan selepas bersalin. Ia membantu proses kelahiran, memperkukuhkan urat-urat rahim, mengurangkan tumpahan darah dan redakan tekanan darah tinggi.

  • Menguatkan ingatan, bantu tumbesaran dan menambahkan tenaga.

  • Melicinkan perjalanan darah, menghindari penyakit barah dan merawat buah pinggang.

  • Fiber semulajadi yang mengelak kanser kolon.

  • Memelihara kesihatan, mengelak rabun malam. Pejuang Islam di zaman Rasulullah mengamalkan kurma untuk merangsang otot dan mata.

  • Kalsium berguna dalam pembentukan tulang dan mengelakkan tulang menjadi rapuh.

  • Disyorkan untuk kanak-kanak hiperaktif.

Penggunaan:

Boleh diminum pada bila-bila masa dan sesuai untuk seisi keluarga.

“Menguatkan ingatan, bantu tumbesaran dan menambahkan tenaga”

Harga:

Ahli RM12.00
Kuantiti : 1 Liter

12 October 2009

EQ Minda

EQ Minda merupakan formulasi produk pemakanan kesihatan alami yang difokuskan bagi membantu perkembangan minda anak-anak, tidak hanya dalam bidang akademik yang boleh diukur secara IQ, tetapi juga kemahiran emosi yang dikenali sebagai EQ atau Emotional Intelligent.

Islam telah lama mengajar kita tidak hanya mengambil pemakanan yang halal, tetapi halalan thaiyyiban (halal lagi baik). Kombinasi 2 elemen tersebut adalah dipercayai dapata melahirkan generasi yang bukan sekadar pintar tetapi mampu mengawal diri dan berakhlak dengan akhlak yang terpuji lagi mulia.

TAKRIF EQ (EI)

Para sarjana telah membuat definisi EQ sebagai:

“Emotional intelligence is a set of acquired skills and competencies that predict positive outcomes at home with one’s family, in school and at work. People who possess these are healthier, less depressed, more productive at work and have better relationships.”

Perbezaan di antara EQ dan IQ adalah IQ mudah diukur dan stabil setiap waktu, manakala EQ sukar diukur dan tidak stabil sepanjang masa. Hanya sistem pendidikan yang sempurna dan bersifat Rabbani yang mampu melahirkan bukan hanya generasi minda kelas pertama tetapi ilmuan cemerlang lagi muttaqin.

RAMUAN UTAMA PRODUK EQ MINDA HPA

Madu Lebah (Honey)
Badam (Almond)
Habbatus Sauda’ (Black Seed)
Kacang Adas (Lentil)
Kurma (Dates)
Tin (Figs)
Kismis (Raisins)
Zaa’rafan (Saffron)
Halia (Ginger)

PENJELASAN MENGENAI KHASIAT RAMUAN FORMULASI EQ MINDA HPA

1. MADU LEBAH (HONEY)

Madu adalah pemakanan lengkap yang diturunkan bersama Al-Quran. Ia merupakan penyembuh utama dan amalan memakannya merupakan sunnah. Ia membekalkan tenaga serta nutrien-nutrien yang diperlukan oleh badan. Ia dapat menghilangkan keletihan serta membantu perkembangan minda dengan membekalkan nutrien-nutrien yang diperlukan untuk kecergasan dan kecerdasan, terutama semasa melaksanakan proses pembelajaran.

2. BADAM (ALMOND)

Badam juga membekalkan pelbagai vitamin dan mineral serat, protein, lemak yang sihat serta kandungan fitokimia tertentu untuk kemaslahatan manusia. Satu hidangan khasiat badam (sebanyak 23 biji) mengandungi khasiat berikut:

35% daripada nilai keperluan harian anda atau Daily Value (DV) bagi antioxidant (vitamin E) 20% DV bagi magnesium 15% DV bagi phosphorus 13% DV bagi riboflavin 8% DV bagi kalsium 6% DV bagi iron dan zink 4% DV bagi asid folik dan niasin

3. HABBATUS SAUDA’ (BLACK SEED)

Habbatus Sauda’ atau Jintan Hitam telah disyorkan pengambilannya oleh Nabi Muhammad SAW dengan menjadikannya sebagai amalan harian. Pengambilannya memberi kesan ke atas sistem paru-paru, perut dan limpa. Ia dapat meningkatkan imuniti, merangsang tenaga, memudahkan penghadaman, tonik dan pelbagai lagi khasiatnya.

4. KACANG ADAS (LENTIL)

Adas merupakan sejenis makanan yang disebut dalam Al-Quran. “Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya dan mentimunnya dan bawang putihnya dan adas (kacang dalnya) serta bawang merahnya.” Nabi musa menjawab: “Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih? Turunlah kamu ke Bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu”.” (Surah Al-Baqarah: 61). Adas membekalkan protein yang tinggi selain fiber, vitamin B1 dan mineral.

5. KURMA (DATES)

Kurma merupakan makanan tradisi di kalangan negara-negara Arab dan umat Islam. Ia membekalkan tenaga segera, fiber dan pelbagai khasiat pemakanan yang diperlukan.

6. TIN (FIGS)

Dalam Al-Quran, Allah telah menyebut mengenai buah tin disamping buah zaitun dalam surah At-Tiin. Buah tin (ara) merupakan sumber flavanoid dan polifenol yang baik. Ia juga mengandungi kandungan antioksidan dan fiber yang tinggi. Ia dapat mengatasi masalah penghadaman dan ancaman radikal bebas serta melambatkan penuaan selain meminimakan stress (tekanan) di kalangan pelajar.

7. KISMIS (RAISINS)

Kismis merupakan makanan yang disyorkan oleh ulama’-ulama’ perubatan Islam. Ia dapat membantu mengekalkan ingatan terutama bagi pelajar yang memerlukan ingatan yang tinggi seperti pelajar tahfiz dan undang-undang. Kismis juga dapat melindungi hati, memperbaiki sirkulasi, melawaskan pembuangan air besar dan melawan bakteria mulut.

8. ZAA’RAFAN (SAFFRON)

Zaa’rafan merupakan sejenis rempah yang didapati daripada pokok saffron crocus. Ia mengadungi lebih daripada 150 bahan meruap dan beraroma. Ia digunakan sebagai pewarna makanan, konfektineri dan dalam minuman. Khasiat perubatannya adalah antikarsinogenik, anti-mutegenik, immunomodulating dan kandungan antioksidan. Ia juga dijadikan dakwat bagi menulis ayat-ayat Al-Quran bagi kaedah rawatan pinggan putih.

9. HALIA (GINGER)

Menurut Al-Quran, halia merupakan sejenis minuman bagi para penghuni syurga. Ia digunakan dalam masakan serta mempunyai nila perubatan yang tinggi. Halia dapat merawat masalah angin dan mual, mengandungi antioksidan, bersifat karminatif (membuang angin) serta dapat merawat inflamasi (radangan), mengurangkan kolestrol dan merawat penyakit hati.

Penggunaan EQ Minda:Diambil sebelum makan, 1 sudu kecil, 2-3 kali sehari

Harga:
Ahli RM45.00, Bukan Ahli RM50.00

Ubat Gigi Herba

Herbal toothpaste
Tiada gelatin dan serbuk tulang
Tiada florida yang merbahaya
Sesuai untuk pengguna-pengguna muslim dan vegetarian
Mampu menyelesaikan hampir semua masalah gigi dan gusi

Kandungan

Mambu
Herba yang berasal dari India dan Myanmar ini terkenal sebagai anti-septik atau anti-bakteria bagi mencegah masalah gusi dan gigi yang berlubang

Cengkih
Herba yang berfungsi untuk menguatkan gigi dan seterusnya mencegah kerosakan gigi serta menyegar dan mengharumkan nafas

Kesan penggunaannya
Nafas segar
Gusi sihat
Basmi kuman
Gigi kuat
Gigi bersinar
Basmi kaviti

Harga:
200 g : Ahli RM5.00, Bukan Ahli RM6.00

10 October 2009

Deodorant (Lelaki & Wanita)

Deodorant adalah antara produk yang paling ditunggu-tunggu oleh semua khasnya ahli HPA. Sekarang ini kita sudah ada alternatif. Jom tukar dan amal. Produk ini telah diperkenalkan semasa Konvek 09 dan mendapat sambutan yang hebat. Stok agak terhad, dapatkan segera.

Berikut ialah ulasan Pengarah Urusan HPA mengenai Deodorant HPA:

"Alhamdulilah kita telah pun memperkenalkan deodorant untuk lelaki dan wanita. Terdapat tiga jenis iaitu:

1. Radix Men (lelaki)
2. Centella Woman (wanita)
3. Centella Mild

Produk ini telah diperkenalkan semasa konvek 09 dan sudah berada di pasaran. Terima kasih kepada semua ahli-ahli yang mencadangkan pembangunan produk ini untuk pasaran MLM. Kita bertanggungjawab bagi mewujudkan produk altenatif selagi ada kemampuan. InsyaAllah."

Sosej Ayam Organik

Keraguan untuk menikmati sosej kini bakal terubat. HPA telah mengambil alternatif terbaik di dalam memanfaatkan lagi Produk Ayam Organik. Dari Ayam Organik, maka lahirlah Sate Ayam Organik. Dan kini lahirlah pula Sosej Ayam Organik. Kepada penggemar sosej, inilah sosej yang halal dan suci. Dapatkannya di stokis atau cawangan HPA berdekatan anda.

Radix Chocolate (Homemade)

HPA telah mengeluarkan Radix Chocolate Almond, Radix Chocolate Hazel, Radix Chocolate Milk dan kini telah berada di pasaran.

Produk coklat ini diharap dapat dijadikan sebagai alternatif kepada semua umat Islam yang menggemari coklat. Semoga peminat koko selamat daripada penggunaan bahan lemak dalam coklat yang diharamkan.

Harga:

Ahli RM7.00, Bukan Ahli RM9.00

Lady Cheer (Pembersih Khas Wanita)

Rumusan istimewa dari ekstrak sireh dan manjakani bertindak membersih bahagian sulit wanita secara semulajadi agar lebih segar, harum dan penuh yakin sepanjang hari.

HPA telah mengambil inisiatif ini dengan mengadun semula formulasi sireh bersama herba lain bagi menghasilkan pembersih khas wanita Lady Cheer

Kelebihan produk

Merawat keputihan
Merawat kegatalan pada bahagian vagina
Melancarkan perjalanan haid
Penyubur kandungan wanita
Mengecut dan merawat kembali vagina

Kelebihan herba

Sireh
Merawat keputihan dengan merencatkan perkembangan kulat penyebab keputihan
Antiseptik untuk mengubati gatal dan alergik pada kulit serta ruam
Melancarkan perjalanan haid dan penyubur kandungan wanita

Manjakani
Sebagai elemen perawat dinding vagina
Membuang lendir dan partikal asing pada vagina
Menstabilkan pH vagina
Mengecutkan vagina serta merawat kembali saluran peranakan
Membantu metabolisma dengan mengekalkan vitamin E pada epidermis

Searapat
Merawat saluran pernakan dengan mengimbangi pH serta keasidan vagina

Harga:
100 ml : Ahli RM15.00, Bukan Ahli RM18.00

Kordial Roselle

Nama saintifiknya ialah Hibiscus Sabdariffa L yang merupakan tumbuhan yang amat tinggi kandungan vitamin C melebihi dari yang terdapat dalam keluarga limau (citrus).

Kelebihan pengambilan kordial roselle ini ialah:

Anti penuaan
Pencegah penyakit cardiavaskular
Pencegahan kanser
Demam panas/selesema
Resdung (alergi) dan lelah (athma)
Stress/sukar tidur (insomnia)

Harga:
1 liter : Ahli RM12.00, Bukan Ahli RM15.00