31 August 2009

Madu Asli

Madu Asli HPA merupakan madu dari Timur Tengah (padang pasir) yang diambil dari lebah yang menggunakan pokok kurma, tin dan zaitun. Amat baik untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan kerana kualitinya yang tinggi dimana kadar kelembapan air di bawah 20%.

"Surah An-Nahl: Ayat 68-69 yang bermaksud; " Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah : "Buatlah sarang di bukit, di pokok-pokok kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia. Kemudian makanlah dari setiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan untukmu. Dari perut lebah itu keluarlah minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda ( Kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir".

Terdapat juga beberapa Hadis Sahih yang menceritakan para sahabat menggunakan madu sebagai ubat. Rasulullah SAW menjadikan madu sebagai makanan sebelum sarapan pagi dengan mencampurkan dengan air. Ini terbukti oleh pakar-pakar pemakanan kesihatan amalan yang sedemikian akan membantu di dalam proses penghadaman.

Kelebihan madu:

  • Oleh kerana madu tidak mempunyai kotoran atau racun ia memudahkan fungsi hati dan ginjal.

  • Meningkatkan kekuatan fizikal dan mental seseorang.

  • Baik untuk orang yang telah uzur dan lanjut usia. (Amalkannya satu sudu besar setiap hari sebelum makan).

  • Merawat dan menyembuhkan penyakit kulit seperti jerawat, gatal-gatal, luka akibat terbakar, bisul serta kurap dengan cara menyapukan Madu Asli ke bahagian tersebut.

  • Membantu mempercepatkan pertumbuhan kanak-kanak yang menghadapai masalah lambat berjalan. Ini terbukti dalam satu kajian iaitu seorang kanak-kanak yang menghadapi masalah tersebut dapat diselesaikan dengan mengamalkan 2 sudu kecil setiap hari selama 40 hari dan ia menunjukkan satu perubahan yang ketara pada tubuh badan dan akhirnya mampu berjalan.
Cadangan penggunaan;

Sinergikan dengan:-
  • Madu Asli + Malac/Alac = amat baik untuk memecahkan batu karang (Gallstone) dan melancarkan pengeluaran air kencing.

  • Madu Asli + Teh Herba = khasiatnya sebagai pemakanan kesihatan.

  • Madu Asli + Coscinium Plus = amat baik untuk mengatasi masalah alahan(allergy).

  • Madu Asli + Radix = dapat menambahkan tenaga dan kesuburan lelaki.

  • Madu Asli + Paramaria Plus = dapat menambahkan dan memperbaiki kesihatan wanita.

Harga :
Semenanjung : RM23
Sabah/Sarawak : RM27


Komposisi (375 gram per botol)

No comments:

Post a Comment