27 March 2010

Usah biar 'Halal' dipermainkan

Usah biar 'Halal' dipermainkan
Harian Metro, 27 Okt 2004

--------------------------------------------------------------------------------

Oleh Saipul Adli Mohamad


KASIHAN ayam! Pasti ramai pengguna terutama di Lembah Klang kini memandang jijik kepada salah satu spesies burung itu.
Pendedahan muka depan akhbar ini Isnin lalu memang mengejutkan. Kerajaan Selangor mengarahkan kilang penyembelihan tanpa lesen di Serdang itu ditutup serta-merta kerana mencampuradukkan daging ayam dan itik yang dibungkus dalam plastik berlogo ‘Halal’ diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan beratus-ratus ketul anak babi siap diproses.

Selain beroperasi tanpa lesen dan mencampuradukkan daging ayam dan itik dengan anak babi berusia dua minggu, siasatan Jakim turut mendapati ayam yang disembelih di kilang itu melanggar hukum syarak, menyebabkan ia haram dimakan umat Islam kerana menggunakan teknik ‘sembelih cucuk.’

Sembelihan hanya melipat leher ayam dan dipotong dengan gunting, sebelum ayam itu mati kerana direndam air panas atau sebab-sebab lain. Tugas itu pula dilakukan penyembelih Indonesia yang tidak bertauliah.

Difahamkan, ia dibekalkan kepada pasar raya besar di sekitar ibu kota, termasuk kawasan kediaman di Taman Tun Dr Ismail.

Pendedahan itu cukup menggemparkan pengguna Islam negara ini. Tidak cukup dengan ayam import yang belum dipastikan status halal atau haram, di negara sendiri pula berlaku perkara lebih menjijikkan. Tetapi, itulah realiti yang mungkin berlaku sejak sekian lama.

Seorang rakan pernah memberitahu cara membezakan daging ayam disembelih dengan betul atau bangkai. Jika disembelih dengan betul, tiada lagi kesan darah pada tulang ayam apabila ia dimasak.

Kalau ada darah, maknanya sesuatu tidak betul cara penyembelihannya dan mungkin perkara itu betul mengikut pengajiannya.

Apabila satu kes sudah terdedah, bermakna kita tidak dapat menolak banyak lagi kegiatan sama tidak diselongkar. Rasa curiga, syak wasangka dan was-was tidak lagi mampu ditangkis dengan mudah.

Tindakan pengusaha berkenaan memang biadab dan tidak boleh dimaafkan. Kerana tamak dan fikirkan keuntungan, sensitiviti serta rasa hormat kepada agama dan kepercayaan orang lain diketepikan langsung.

Malah tidak mustahil, mereka selesa dengan kejahatan yang dilakukan. Bagi mereka, tidak kisah kalau orang tidak tahu, sama seperti melanggar lampu isyarat merah, tidak salah kalau tiada polis atau kamera perakam.

Sudah pasti mereka sedar perbuatan itu salah dan pengguna Islam dan masyarakat Melayu akan marah. Tetapi, nampaknya perkara yang menimbulkan syak wasangka, kemarahan dan isu perkauman kerana persepsi yang sangat runcing berikutan babi isu kritikal dan cukup sensitif bagi orang Islam, sekali lagi dipermainkan.

Jelas, umat Islam di negara ini sudah terlalu banyak bertolak ansur dan bertoleransi terhadap agama lain, tetapi wajarkah pengusaha terbabit memandang remeh isu ini?

Yang pasti, kes ini sekali lagi memberi tamparan hebat terhadap Jakim. Turut terkena tempias tentulah kerajaan Selangor, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Pertanian. Pihak terbabit perlu berbuat sesuatu untuk mengembalikan semula keyakinan pengguna Islam.

Wajarkah Jawatankuasa Halal dan Haram Jakim yang ditubuhkan pada 1982 dan kemudiannya dikenali Jawatankuasa Makanan Halal dan Barangan Pengguna Islam, diswastakan?

Mungkin, jika hanya itu cara yang boleh memastikan badan berkenaan mampu melakukan pemantauan yang lebih berkesan, telus dan terperinci. Mereka bertindak di atas nama agama dan jelas umat Islam sukar bertolak ansur dalam perkara berkaitan anjing dan babi, biarpun agak lembut menangani isu arak dan judi.

Wibawa Jakim tercabar dan sekali lagi, usah salahkan pengguna kalau mempertikaikan Jakim atau mula mempercayai surat layang atau e-mel berkaitan makanan pengguna sebelum ini.

Jakim meletakkan beberapa syarat khusus kepada pekilang atau rumah penyembelihan ayam bagi memastikan ternakan yang diedarkan kepada pengguna Islam halal.

Pegawai Jakim akan melakukan pemeriksaan dan penilaian terhadap aktiviti pengilang atau rumah penyembelihan ayam sebelum mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal Jakim dipohon.

Antara syarat ditetapkan Jakim sewaktu penyembelihan ayam adalah:
  • Setiap ayam dalam keadaan sihat dan bebas sebarang penyakit.
  • Dilaksanakan dalam keadaan baik dan teratur.
  • Hendaklah ayam disembelih itu masih hidup dalam keadaan biasa (hayat mus-taqirrah).
  • Tidak ada mana-mana bahagian anggota binatang dicedera atau dipotong.
  • ‘Stunning’ atau kejutan elektrik boleh digunakan dengan syarat haiwan itu tidak mati akibat stunning yang dilakukan.
  • Penyembelihan hanya dilakukan orang Islam yang sempurna akal dan tahu rukun dan syarat sembelihan.
  • Membaca Bismillah sebelum memulakan sembelihan.
  • Menyembelih dengan alat atau pisau yang tajam dan bukan menggunakan tulang, kuku atau gigi.
  • Memutuskan saluran makanan dan saluran pernafasan. Pendarahan mesti mengalir secara berterusan.
  • Membuat penandaan halal iaitu melekat label halal pada pembungkus.
  • Sekiranya disimpan dalam kontena hendaklah dikunci.

Selain itu aspek kebersihan turut dititik beratkan Jakim terutama sewaktu operasi penyembelihan dan pemprosesan ayam. Ia tidak hanya membabitkan aspek ayam malah meliputi aspek kebersihan diri, pakaian pekerja, peralatan dan kawasan tempat pemprosesan atau membuat makanan.

Tujuannya menjamin makanan yang dihasilkan suci dan tidak membahayakan kesihatan manusia iaitu bebas dari najis, kotoran, benda-benda haram dan tidak suci mengikut hukum syarak.

Jika syarat itu dipatuhi, barulah permohonan mendapatkan sijil pengesahan logo Halal Jakim diluluskan.

Masalahnya, ada pengusaha membawa ayam dan selepas disahkan halal dan diberi logo, mereka gunakan logo yang sama untuk produk lain yang tidak diuji oleh Jakim. Di sinilah silapnya dan kelonggaran itu menyebabkan logo berkenaan disalah gunakan.

Bagi menyelesaikannya dan jika sudah tiada pilihan, mungkin Jakim patut memberhentikan pengeluaran logo Halal kepada pengusaha makanan bukan Islam.

Selain itu, denda lebih mahal kepada individu atau pengusaha yang memperlekehkan logo Halal patut dikenakan berbanding RM150,000 (bagi kesalahan pertama) dan RM250,000 untuk kesalahan kedua bagi individu serta RM250,000 dan RM500,000 kepada syarikat.

Inilah akibatnya apabila bukan Islam dibenarkan menguasai industri pemakanan yang majoriti penggunanya umat Islam. Akibatnya, ayam sekali lagi dipandang hina walaupun ia binatang halal.

06 March 2010

Minyak Zaitun (Extra Virgin Olive Oil)

PENGENALAN

Minyak zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun merupakan produk asli hasiltani di benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan palestin sehingga keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu.

Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur. Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda SAW sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.

Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.

KEGUNAAN DAN KELEBIHAN MINYAK ZAITUN
  • Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
  • Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
  • Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
  • Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  • Antioksidan dan antikanser
  • Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
  • Membekal vitamin E
  • Kecantikan (kulit dan rambut)
  • Kestabilan asid lemak
  • Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
  • Kegunaan masaj terapi

Penggunaan

  • Gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.
  • Mengambil secara terus sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari.
Isipadu: 700 ml
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 40
Sabah & Sarawak: RM 45

Cuka Nipah

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 12.00
Sabah & Sarawak : RM 15.00

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 10.00
Sabah & Sarawak : RM 12.00

Nilai Mata (NM):2

Tulisan Pengarah Urusan mengenai Cuka Nipah : Madu untuk Kencing Manis.

Madu boleh dijadikan ubat untuk kencing manis yang berkesan jika di campurkan dengan cuka asli seperti cuka kurma, cuka epal, cuka nipah dll. Dalam satu gelas sederhana masukan 1 sudu/senduk(ind) cuka dan 3 sudu madu bersama dengan air mineral (1:3). Jika keadaan gula masih tidak turun, boleh menggunakan nisbah cuka dan madu 1 : 1 dan jika masih tidak ada perubahan naikan nisbah cuka iaitu 2: 1 .

Cuka dan madu merupakan kaedah perubatan Islam yang sangat berkesan untuk perawatan kencing manis. InsyaAllah.

Rheumatoid Arthritis
Sejenis penyakit Autoimun yang menyebabkan pembengkakan terutama pada jari-jari tangan dan kaki. Berlakunya keadan ini kerana tidak seimbang antara 4 unsur (tanah, air, api, angin) menyebabkan salah tafsir dalam sistem "kod" tubuh badan.

Cuka (cuka epal asli) adalah herba yang seimbang (tidak panas dan tidak sejuk) di minum 2 sudu besar pada tiap pagi dan dicampur dengan air kosong segelas (boleh di tambah madu). Selepas itu pengambilan 3 D dari produk HPA setiap hari 3 kali.

D Det - 1 x 3
D Deu - 3 x 3
D Karm - 3 x 3

Detox air dilakukan 1 minggu sekali .

Berbekam pada tiap-tiap bulan terutama pada 17 hb (elakan dari hari rabu) disamping itu banyakan mengambil sayuran hijau dan jangan mengambil daun kucai dan jenis kekacang. InsyaAllah

KECANTIKAN MUSLIMAH SOLEHAH


Tampil cantik dan menarik adalah idaman setiap wanita, ia bertepatan dengan fitrah yang telah ALLAH anugerahkan kepada semua wanita. Anugerah istimewa inilah menjadikan corak rumah tangga dalam Islam indah, berseri dan membahagiakan hasil dari gabungan idea dan dekorasi yang terhasil dari cetusan buah fikiran wanita. Cantik, elegan, menarik, menawan adalah cetusan rasa yang pasti terzahir dari bibir apabila pancaindera kurniaan Si Pemilik Cantik memandang sesuatu yang memikat hati. Apabila seseorang gadis dipuji dengan kata-kata seperti "Awak cantiklah", maka akan menguntumlah senyuman dibibir dan berbungalah hatinya.

Begitulah fitrah wanita yang tidak pernah bosan untuk menjadi cantik dan kelihatan cantik. Sudah menjadi adat manusia seronok apabila dipuji, kecewa apabila dikeji. Tetapi berbeza bagi wanita mukminah, dia akan merasa kerdil untuk berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Malahan sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan ALLAH kerana cantik itu adalah pinjaman dan pasti dipertanyakan di akhirat kelak. Pasti dibenaknya akan bergema firman ALLAH SWT dalam surah An-Nahl ayat 53 :

"Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka daripada ALLAHlah (datangnya) dan
apabila kamu ditimpa oleh kemudaratan,maka hanya kepadaNYA kamu meminta pertolongan"

Cantiknya wanita mukminah adalah kerana pakaian malu yang dipakai setiap masa samaada semasa mengerjakan urusan dunia mahupun dalam melunaskan tuntutan bekalan akhiratnya. Lantaran sifat malu itu lahir daripada jiwa yang takut kepada ALLAH dan seksaanNYA. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Sifat malu dan iman adalah seiringan. Jika salah satu ditinggalkan,maka kedua-duanya akan hilang." (HR. Baihaqi)

Di dalam agama Islam yang syumul lengkap disediakan petua-petua untuk menjadikan wanita cantik lagi menarik, tambah indah lagi apabila kita yang bergelar muslimah bersama-sama berusaha melengkap diri untuk menjadi Muslimah Solehah yang cantik dan menarik. Berikut disertakan beberapa petua untuk tatapan dan panduan bersama :
  • Jadikanlah Ghaddul Basor (menundukkan pandangan) sebagai 'hiasan mata', nescaya mata menjadi semakin jernih
  • Sapukan 'lipstik kejujuran' pada bibir, nescaya kita akan bertambah manis
  • Gunakanlah 'pemerah pipi' yang diperbuat daripada rasa malu dan iman
  • Pakailah 'sabun Istighfar' yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang kita lakukan
  • Rawatlah rambut dengan 'Hijab Islam' yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan
  • Hiasilah kedua-dua tangan dan jari dengan 'Gelang Tawadhuk' dan 'Cincin Ukhuwwah'.
  • Sebaik-baik kalung untuk kita adalah kalung 'kesucian'
  • Bedakkanlah wajah kita dengan 'air wudhuk', nescaya wajah kita bukan sahaja putih tetapi bercahaya di akhirat.

Adab-adab sosial yang ditunjukkan Islam adalah untuk menjaga kemuliaan keluarga dan seterusnya masyarakat dan akhirnya negara. Islam menggariskan peraturan untuk wanita bukan untuk menyiksa tetapi untuk menjaga kemuliaan wanita itu sendiri kerana "Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita Solehah" begitulah gambaran dari Rasulullah SAW tentang wanita cantik yang solehah.

Berbahagialah kita jika berjaya memiliki 'perhiasan asli' ini kerana jalan kita pasti akan terpimpin ke syurga. Maha suci ALLAH yang telah memuliakan wanita, maka basahkan bibirmu dengan zikrullah kerana yang pasti syurgalah tempatmu.

Sabda Rasulullah SAW," Hendaklah kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk, sesungguhnya bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang disebelah atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya,patahlah ia dan sekiranya kamu membiarkannya, kekallah ia dalam keadaan bengkok,oleh itu tolonglah kamu menasihati para wanita dengan sebaik-baiknya."

(HR Bukhari,Muslim & Abu Hurairah)

Alangkah indah misi memperjuangkan produk HALALAN TOYYIBA, dilengkapkan pada diri si peniaganya hiasan akhlak wanita solehah yang pastinya menjadi value added yang nilai matanya tertulis di Luh Mahfuz menunggu tuntutan bonus syurga daripada ALLAH pemilik Gedung Niaga seluruh alam semester. Amin

Sumber: http://www.hpa.com.my

KOKO RADIX (1 KILO)


Produk ini berbentuk serbuk tidak seperti produk terdahulu yang berbentuk sachet (paket) namun kandungannya (serbuk koko dan ekstrak barli) tetap sama.

Cara menyediakan minuman Radix Koko ini ada disediakan pada label produk.

Beralihlah segera kepada Radix Koko. Jadikan ia minuman coklat utama anda dan keluarga anda.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 22
Sabah & Sarawak: RM 26

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 18
Sabah & Sarawak: RM 22

Nilai Mata (NM): 5

_________________________________________________________

Berita Berkaitan:

1. Radix koko ternyata lebih sedap daripada produk koko yang lain, itulah sebahagian komentar yang saya terima dari pengguna. Mungkin perlu saya jelaskan bahawa radix koko telah dimasukan ekstrak tunas barli yang mula bercambah. Kalau anda pernah melihat taugeh daripada kacang hijau tentu anda akan faham tentang tunas yang baru bercambah pada biji barli. Oleh sebab itu rasanya bagitu lemak dan berkhasiat.

Koko memang terkenal untuk afrodisiak namun bagitu Radix koko HPA ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi untuk berfungsi sebagai pelawas dan koko sendiri boleh mendatangkan ketenangan pada penggunanya.

Oleh sebab itulah radix koko dijangka akan mendapat tempat dipasaran terbuka secara meluas InsyaAllah.

2. Alhamdulilah kita telah mula memasarkan MILO kita sendiri yang dikenali sebagai RADIX KOKO. Semua pengedar akan menjadi penilai kepada RADIX KOKO yang dikatakan akan menjadi persaing terdekat MILO. RADIX KOKO di rumus khas supaya mempunyai rasa yang dapat diterima oleh masyarakat di negara ini.

Apakah HPA memasukkan herba dalam RADIX KOKO? Jawapannya tidak, kerana koko mempunyai rasa yang sangat sensitif kepada perubahan. Radix koko lebih mensasarkan pasaran kanak-kanak dan produk halal daripada HPA. Selepas ini HPA akan mengeluarkan RADIX MOCHA dimana Kopi Radix dicampur dengan RADIX KOKO. InsyaAllah.

Apa pun keluaran HPA yang akan datang, ulasan yang kita terima daripada pengurus zon utara, Ust Samad beliau berpendapat RADIX KOKO lebih sedap daripada MILO dan akan berjaya mengambil pasaran dinegara ini. Gempur Radix Koko!

Berita dipetik dari blog JawiHerbShop.blogspot.com

Minyak Kelapa Dara (VCO) Softgel


Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil (VCO) boleh diguna untuk mendapatkan tubuh yang langsing dan kulit menawan.

Ini kerana kandungannya tinggi nutrisi dan dihasilkan daripada pati kelapa dara organik yang bebas kolesterol.

Penggunaan yang berterusan akan mengurangkan kadar kolesterol tidak baik, low-density lipoproteins (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik, high-density lipoproteins (HDL).

Antara khasiat lain Minyak Kelapa Dara (VCO) :

- membantu mengurangkan risiko kanser
- membantu menyingkirkan batu karang dan batu hempedu serta mengawal diabetes
- meningkatkan sistem imunisasi badan
- meningkatkan sistem penghadaman, penyerapan nutrien, kadar metabolisme dan pembakaran lemak
- memudahkan proses bersalin
- mengurangkan risiko arterioklerosis dan penyakit jantung
- memperbaiki dan memulihkan struktur kulit yang rosak
- menolong meningkatkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan kelemumur
- membantu mencegah osteoporosi

Sumber: http://hpa.com.my/hpanews/

Harga Pengguna

Semenanjung Malaysia: RM 32
Sabah & Sarawak: RM 36

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 28
Sabah & Sarawak: RM 32

Nilai Mata (NM): 10

05 March 2010

Moments - Formula Khusus Untuk Wanita





Formulasi khas dari herba terbaik seperti,

  • Manjakani
  • Noni (mengkudu)
  • Roselle
  • Madu.
Untuk wanita sahaja namun ianya tidak disarankan untuk wanita mengandung mengamalkannya.
Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 42
Sabah & Sarawak : RM 44

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 38
Sabah & Sarawak : RM 40

Nilai Mata (NM) : 10

AYAM ORGANIK HPA - DAUN MAMBU GANTI VAKSIN

Ayam Organik HPA

Umat islam di negara ini tidak lagi perlu berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam cucuk , ayam disuntik dengan vaksin babi atau ayam dicampur dengan daging babi sebelum diedarkan. Ini kerana HPA Industries Sdn Bhd (HPA) kini melangkah setapak lagi dalam usaha menyediakan produk halal dan suci kepada ummah dengan mengembangkan sayap perniagaan kepada industri penternakan ternakan ayam organik di Kok Klang, Perlis.

Lebih menarik ialah reban ternakan menggunakan teknologi moden dengan dilengkapi sistem pemakanan dan penyejukan yang terkawal secara automatik sepenuhnya. Tujuan dilaksanakan projek ini ialah untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi suci untuk umat islam, terutama dengan laporan 'tidak enak' mengenai ayam di pasaran sekarang. Ayam organik atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya datang dari sumber yang bersih seperti temukut, jagung, serbuk ikan dan sebagainya. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia. Ayam organik HPA turut diberi makan daun mambu yang cukup baik untuk kesihatan.

Menurut En. Abd Ghani Husein selaku Pengurus Besar R&D, ayam organik ini tidak disuntik apa-apa hormon, vaksin atau antibiotik. Kaedah suntikan itu kini menjadi amalan sebahagian besar penternak, terutama bukan islam supaya ayam mereka cepat besar.

"Makanan ayam organik ini bukannya seperti dedak yang diambil dari kilang, tetapi sumber daripada tumbuh-tumbuhan herba,"katanya. Ayam organik yang sudah terbukti memiliki protein lebih tinggi dari ayam kampung biasa. Kaedah ayam organik ini diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit , pandan dan lain-lain dan tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol", kata Abdul Ghani ketika ditemubual. Sementara itu, Pengarah Urusan HPA mengalukan sesiapa yang mempunyai reban untuk bekerjasama menghasilkan ayam organik HPA".

"Pasaran ayam ini cukup luas. Bekalan kita tidak cukup. Saya harap siapa yang tidak dapat jangan kecewa terus cuba",katanya yang berhasrat menambah pengeluaran kepada 300,000 ekor ayam organik sehari.

Kebaikan Berbekam

Antara kebaikan berbekam adalah seperti berikut:

  • Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  • Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  • Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
  • Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
  • Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, yaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berobat) dengan kay.”-Hadith Sahih Al Bukhari