18 September 2010

ASSAF MARKETING & TRADING SDN BHD

PENGENALAN

ASSAF MARKETING & TRADING adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera dan telah mula beroperasi pada 26hb Jun 2009. Matlamat kami adalah untuk memasarkan produk perawatan air berjenama IMTIYAAZ keseluruh negara. Produk kami berkualiti tinggi, berteknologi Nano dan diiktiraf oleh SIRIM, SWA, NSF, FDA, Water Quality dan WRAS. Produk kami juga mempunyai Sijil Halal dan tidak dibuat dari sumber – sumber yang meragukan pengguna.

” PROJEK 1MALAYSIA 1RUMAH 1PENAPIS AIR “

Visi kami adalah untuk melahirkan usahawan – usahawan di seluruh pelusuk negeri serta berada dipasaran antarabangsa dengan memasarkan produk perawatan air sihat dan Halal berjenama IMTIYAAZ NANO ALKALINE TREATMENT SYSTEM.

Konsep Perniagaan kami adalah berasaskan Muamalat Islam. Keuntungan dalam perniagaan kami adalah berdasarkan jualan secara ‘volume’ dan bukan margin keuntungan yang tinggi. Misi kami adalah setiap keluarga memiliki satu produk Imtiyaaz kerana produk kami berkualiti tinggi, berteknologi Nano, Halal, diiktiraf dan harga yang amat murah serta mampu dimiliki.

‘PASTI DAN PASTI, AIR ZAM-ZAM ADALAH YANG TERBAIK’

Firman Allah S.W.T:

“….dan dari air, Kami jadikan sesuatu yang hidup…”

(Al-Anbiya’ : 30)

PENAPIS AIR IMTIYAAZ : Kini hanya RM598 (Harga asal RM1,788), kualiti setanding.

IMG_5456

PROFIL SYARIKAT PENGELUAR : ASSAF MARKETING & TRADING SDN. BHD.

IMTIYAAZ NANO ALKALINE TREATMENT SYSTEM

Teknologi kesihatan pada abad ke-21 menggunakan air Berteknologi NANO yang sangat baik untuk kesihatan. Air Berteknologi NANO dihasilkan melalui teknologi bio-ware yang menggabungkan Bio seramik semulajadi Jepun dengan kadar ketulenan yang tinggi, serta bahan plastik berkualiti. Air Berteknologi yang mengandungi NANO yang kaya dengan oksigen dimana ia adalah dalam butiran molekul air yang sangat halus. Cara pemprosesan berteknologi tinggi akan menghasilkan tenaga nano di dalam air yang dipanggil Air berteknologi NANO.

KELEBIHAN AIR YANG DITAPIS DARIPADA IMTIYAAZ

  1. Mengandungi tahap alkali yang tinggi yang berupaya menyingkirkan segala toksid dalam badan hasil daripada pemakanan yang tidak seimbang.
  2. Mengandungi kadar oksigen dan mineral yang tinggi yang diperlukan oleh badan manusia.
  3. Molekul air yang halus (Teknologi NANO) dan mudah diserap oleh badan manusia.
  4. Bersih, selamat dan tidak mengandungi kandungan yang membahayakan kesihatan.
  5. Bahan-bahan yang digunakan adalah dari sumber yang halal & suci dan boleh diminum tanpa was-was.

IMTIYAAZ MEMPUNYAI KEBAIKAN TEKNOLOGI NANO

Bila molekul elemen menjadi kian kecil, electron yang menyelubungi atom-atom pada elemen-elemen akan menjadi aktif. Oleh itu, bahan yang berlainan elemen-elemen bila bersaiz nanometer, ia akan menghasilkan medan elektrik yang aktif yang dipanggil medan tenaga.

  1. Molekul yang besar dan berselerak tidak dapat menembusi sel-sel badan kita, tetapi molekul yang tersusun dan kecil dapat menembusi sel-sel darah dengan mudah dan memperbaiki sistem metabolisme dan pertahanan badan.
  2. Molekul yang kecil menembusi sel-sel badan membekalkan oksigen yang secukupnya, demi membantu memperbaiki pengaliran darah dan meningkatkan daya hidup sel tubuh, memberi anda gaya hidup yang sihat.
  3. Akhirnya molekul-molekul kecil menyingkirkan toksin di sel-sel dan dikeluarkan melalui sistem pembuangan badan.

CIRI AIR YANG BAIK UNTUK KESIHATAN

  • Bebas daripada Pencemaran Bakteria dan Bahan Kimia — Air hidup mampu mencegah pembiakan organisma-organisma mikro penyebab penyakit dan bebas dari bahan kimia seperti klorin.
  • Bermineral — Air hidup mempunyai zat-zat mineral dan mengandungi unsur-unsur surih dalam bentuk yang paling mudah diserap dan sedia digunakan oleh sel-sel badan.
  • Berakali — Air hidup mempunyai pH beralkali untuk menyokong keseimbangan bendalir dalam badan. Keserasian ini sangat penting untuk memastikan badan dapat berfungsi pada tahap optimum.
  • Saiz Molekul yang Kecil — Satu cara untuk mengukur saiz kelompok molekul ialah menggunakan Teknologi Getaran Magnetik Nuklear (NMR). Air hidup mempunyai saiz kelompok molekul yang lebih kecil dengan bacaaan NMR di bawah 50 Hz. Air biasa seperti air paip dan air suling mempunyai bacaan sekitar 128 Hz dan air mineral sekitar 95 Hz. Semakin kecil bacaan NMR, semakin kecil saiz kelompok-kelompok molekulnya. Air berkelompok besar terpaksa diuja oleh sel-sel badan sebelum ia dapat diserap dan digunakan untuk fungsi sel. Apabila usia kita meningkat atau sakit, keupayaan sel-sel menjalankan fungsi ini akan menurun.
  • Beroksigen — Air hidup kaya dengan oksigen yang boleh digunakan terus oleh sel-sel.
  • Potensi Mengurangkan Pengoksidaan — Air hidup mempunyai keupayaan untuk menyingkirkan oksigen aktif dan meningkatkan keimunan badan.
  • Mampu Diaktifkan dengan Tenaga yang Penting — Air hidup bergema dengan getaran penuh bertenaga dalam badan untuk mengekalkan kuasa dalam badan.

CIRI HEBAT RAWATAN AIR BERSAMA PENAPIS IMTIYAAZ

AIR bukan sahaja bagi menghilangkan dahaga malah penting untuk meningkatkan tahap kesihatan anda khasnya air yang beralkali tinggi. Tubuh yang sihat memerlukan darah yang bersih dengan tahap pH sekurang-kurangnya 7.36 (alkali). Air Imtiyaaz dengan bacaan pH 9.7 amat sesuai bagi merawat pelbagai jenis penyakit dengan mengurangkan keasidan dalam darah. Kandungan oksigen yang tinggi juga mampu mencegah kanser. Amat sesuai untuk penghidap darah tinggi, kencing manis, gout, kembung perut, gastrik dan lain-lain penyakit yang berkaitan dengan kekotoran dalam darah.

ANTARA KEBAIKAN RAWATAN AIR TEKNOLOGI NANO

  1. Menghasilkan komponen bersifat nano dan kandungan oksigen yang tinggi, menggalakkan pertumbuhan sel-sel badan yang sihat.
  2. Kandungan bio-tenaga yang berganda, meningkatkan keaktifan sel-sel tubuh badan.
  3. Molekul yang bersaiz nano menambahkan lagi keberkesanan penyerapan nutrien.
  4. Membekalkan bahan-bahan mineral dan nutrien untuk keperluan kesihatan tubuh.
  5. Sistem penapisan air yang lebih efektif menghapuskan unsur-unsur toksin, bakteria, klorin dan logam berat supaya air selamat diminum.
  6. Menghilang bau yang tidak menyenangkan, menjadikan air lebih sedap diminum.
  7. Kualiti air bertenaga meningkatkan metabolisme, melancarkan sistem peredaran darah dan memperkuatkan sistem imunisasi badan.
  8. Nilai pH yang beralkali tinggi sesuai dengan keperluan badan. Amalan meminum air Imtiyaaz dapat memberikan kesan terapi terhadap susuk badan yang berasid.
  9. Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan.

TABUNG PENAPIS IMTIYAAZ

TABUNG PRE (LUAR) – Penapis Sedimen PP

  • Langkah pertama untuk menangkis karat, habuk, tanah, sisa-sisa tercemar, klorin dan sebagainya.Cadangan penukaran: 3 hingga 6 bulan bergantung kepada keadaan air paip.

TABUNG A – Karbon yang diaktifkan dengan Granular NSF + KDF-55

  • Untuk menyerap bahan seperti bau, rasa, besi berat, klorin yang berlebihan, dan bahan pencemar yang lain.Cadangan penukaran: 12 bulan bergantung kepada keadaan air paip.

TABUNG B – Blok Karbon Aktif

  • Untuk menyerap warna, bau, sisa-sisa toksik (klorin, trihalometana, bahan kimia organik) dan radioaktif. Cadangan penukaran: 18 bulan bergantung kepada keadaan air paip.

TABUNG C – Penapis Tenaga Optimum

  • Mengandungi lebih daripada 10 jenis mineral dan ion negatif yang diperlukan untuk badan manusia.
  • Memperbaiki nilai pH air mendekati kealkalian.
  • Mempunyai kesan anti-oksida.
  • Memecahkan molekul air kepada pecahan kecil untuk penyerapan lebih baik dan memperbanyakkan kandungan oksigen dalam air.

Cadangan penukaran : 5 tahun bergantung kepada keadaan air paip.

TABUNG D – Blok Karbon Aktif Nano Perak

Menggunakan teknologi Nano dari Jepun yang dapat mengelak pertumbuhan bakteria secara berkesan. Membantu menangkiskan bahan kimia yang bahaya, sisa-sisa radioaktif dan besi berat (aluminium, merkuri dan sebagainya) yang mengancam kesihatan kita. Cadangan penukaran: 24 bulan bergantung kepada keadaan air paip.

13 September 2010

BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN : McDonald's

Klik di sini

"BOYCOTT THE COMPANIES THAT SUPPORT ISRAELI APARTHEID"


Kebaikan mengamalkan minuman herba

Produk ini menggunakan herba pegaga (Hydrocotyle Asiatica). Herba yang mempunyai ciri pahit ini mengandungi antioksidan (sejenis ester gluko peiranosil) yang amat baik untuk merawat luka luar (kulit) dan luka dalam (radang usus dan pendarahan otak). Minuman Herba juga mujarab untuk radang tenggorokan, batuk, radang usus serta mengandungi anti oksidan yang tinggi.

Kelebihan Minuman Herba:-

1. Mengatasi penyakit kencing manis dan darah tinggi.
2. Mengurangi kadar lemak setelah mengambil secara berterusan selama 2 minggu. Badan akan terasa ringan dan segar.
3. Mengatasi masalah sembelit dan angin.
4. Melancarkan pembuangan air besar dan membantu mengeluarkan toksid akibat sembelit.
5. Menurunkan kadar asid urik yang berlebihan akibat penyakit kulit.
6. Menghilangkan sakit kepala akibat migrain.
7. Menghaluskan kulit dan mengatasi masalah penyakit kulit
8. Menguatkan imunisasi bagi mencegah penyakit.
9. Menguatkan sel otak dan baik untuk minda.
10. Sangat baik untuk wanita yang mengandung dan setelah melahirkan anak.
11. Mengatasi maslah kencing manis dengan menurunkan kadar glukosa dan menyembuhkan gengren.
12. Mencegah masalah kardiovaskular.
13. Baik untuk wanita yang menopouse dan osteoporosis.

Komposisi (35 uncang per kotak) :
Hydrocotyle Asiatica

Dos :
Minum sekurang-kurang 1 uncang setiap hari dan masukkan ke dalam air panas (60 darjah celcius). 1 uncang boleh menghasilkan 3 gelas. Jangan gunakan air mendidih kerana ini akan memusnahkan klorofil. Amat berkhasiat jika dicampur dengan Madu Asli.

Sumber: Facebook Peoduk halal

Ayam organik HPA (Penjelasan Panel Syariah)


Ayam organik yang diternak sendiri oleh HPA ini dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali. Tanpa enzim tumbesaran, tanpa vaksin dan di sembelih mengikut tatacara syariah.
DAUN MAMBU GANTI VAKSIN

Umat islam di negara ini tidak lagi perlu berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam cucuk , ayam disuntik dengan vaksin babi atau ayam dicampur dengan daging babi sebelum diedarkan. Ini kerana HPA Industries Sdn Bhd (HPA) kini melangkah setapak lagi dalam usaha menyediakan produk halal dan suci kepada ummah dengan mengembangkan sayap perniagaan kepada industri penternakan ternakan ayam organik di Kok Klang, Perlis.

Lebih menarik ialah reban ternakan menggunakan teknologi moden dengan dilengkapi sistem pemakanan dan penyejukan yang terkawal secara automatik sepenuhnya. Tujuan dilaksanakan projek ini ialah untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi suci untuk umat islam, terutama dengan laporan ‘tidak enak’ mengenai ayam di pasaran sekarang. Ayam organik atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya datang dari sumber yang bersih seperti temukut, jagung, serbuk ikan dan sebagainya. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia. Ayam organik HPA turut diberi makan daun mambu yang cukup baik untuk kesihatan.

Menurut En. Abd Ghani Husein selaku Pengurus Besar R&D, ayam organik ini tidak disuntik apa-apa hormon, vaksin atau antibiotik. Kaedah suntikan itu kini menjadi amalan sebahagian besar penternak, terutama bukan islam supaya ayam mereka cepat besar. “Makanan ayam organik ini bukannya seperti dedak yang diambil dari kilang, tetapi sumber daripada tumbuh-tumbuhan herba,”katanya. Ayam organik yang sudah terbukti memiliki protein lebih tinggi dari ayam kampung biasa. Kaedah ayam organik ini diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit , pandan dan lain-lain dan tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol”, kata Abdul Ghani ketika ditemubual. Sementara itu, Pengarah Urusan HPA mengalukan sesiapa yang mempunyai reban untuk bekerjasama menghasilkan ayam organik HPA”.
“Pasaran ayam ini cukup luas. Bekalan kita tidak cukup. Saya harap siapa yang tidak dapat jangan kecewa terus cuba”,katanya yang berhasrat menambah pengeluaran kepada 300,000 ekor ayam organik sehari.

Banyak persoalan yang diajukan mengenai penternakan ayam organik yang diternak oleh HPA. Antaranya apakah hukum jika memberi ayam dengan makanan seperti Habbatussauda dan herba-herba yang lain? Adakah HPA memasang ayat Al-Quran bagi ternakannya? Dan ada juga tentang ada persaingan siapakah paling as-sunnah dalam penternakan ayamnya? Jadi bagi menjawab segala pertikaian yang ditanyakan pihak Panel Syariah akan menjelaskannya kerana mereka lebih arif dalam bidang ini. Berikut adalah jawapan yang diberikan oleh pihak Panel Syariah untuk dikongsikan bersama.
PENJELASAN DARIPADA PANEL SYARIAH HPA

Ayam HPA diberi makan dedak yang diadun khas tanpa sebarang bahan yang haram dan syubhah (serbuk darah, serbuk tulang dan sebagainya) serta tidak dimasukkan bahan-bahan kimia merbahaya dan memudaratkan badan manusia termasuk antibiotik, vaksin, arsenik asid dan sebagainya. Sebagai ganti bahan-bahan merbahaya itu HPA menggunakan bahan-bahan alamiyah termasuk Habbatus-Sauda’ (yang bertindak sebagai antibiotik alternatif), halia dan sebagainya. Untuk ganti serbuk darah dan serbuk tulang pula, HPA menggunakan protien kacang soya, ikan dan sebagainya. Jadi, ayam HPA diberi makan Habbatus-Sauda’ bukan untuk mengajarnya beramal dengan as-Sunnah, akan tetapi hasil kajian kita mendapati Habbatus-Sauda’ itu berfungsi sebagai antibiotik yang bukan sahaja sesuai untuk manusia tetapi juga binatang ternakan. Kita telah terlalu biasa dengan ilmu sains dan kedoktoran moden hingga kita buta terhadap hikmah yang lebih baik yang ada di depan mata kita; hikmah dari Thibbun Nabawi. Kita seringkali menganggap as-Sunnah hanya berupa ibadah dan spiritual sahaja, namun sebenarnya as-Sunnah amat luas ruang-lingkupnya termasuk dalam rawatan, pengubatan, pemakanan sihat dan sebagainya.Makanan-makanan dan ubat-ubatan yang disyorkan Nabi s.a.w. telah dikaji oleh orang Barat sendiri dan terbukti mempunyai kesan yang amat baik kepada tubuh-badan manusia, terutamanya ‘Asal (madu) dan Habbatus-Sauda’.

Adapun memperdengarkan bacaan ayat al-Quran di reban ayam, kita (HPA) tidak pernah menetapkan satu polisi yang mewajibkan semua penternak berbuat demikian. Namun ada penternak yang melakukannya atas kreativiti sendiri. Saya rasa bukan untuk ayam, tetapi untuk pekerja-pekerja yang berkerja di reban. Ada sesetengah tempat, pekerja-perkerja reban membuka radio atau kaset-kaset lagu sebagai hiburan bagi meredakan penat dan letih semasa berkerja. Jadi, adalah lebih baik jika lagu-lagu yang tidak ada manfaat diganti dengan bacaan al-Quran. Sekaligus ayam-ayam juga turut mendengarnya.

Sumber: Facebook Produk halal

HPA Halal Mart

Daparkan berita di sini

Perasmian HPAic


Warga HPA Malaysia, Indonesia, Cambodia, Brunei, Thailand, Singapore dan Filipina.

Majlis Pelancaran sepintas lalu adalah seperti berikut;

Tarikh: 2hb Oktober 2010

0800 – 1130H Perasmian bersama Pengarah Urusan dan PJS

1430 – 1700H Seminar khas Chlorophyl, Minuman Talbinah, MLMS dan Jelly Gamat

HPA International Centre (HPAic), Lot 1065 & 1066 Phase 19, Laman Seri Business Park 7, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam