21 December 2009

Kacang Tumbuk


Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 19
Sabah & Sarawak: RM 23

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 19

Chicken Popcorn


Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM10 .00
Sabah & Sarawak : RM

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 8.00
Sabah & Sarawak : RM

03 December 2009

Status halal 14 pusat sembelih tak dijamin

Sumber: www.zaharuddin.net
Dapatkan ayam organik yang halal dan suci hari ini.

KUALA LUMPUR: Empat belas pusat penyembelihan di sembilan negeri serta lebih 100 syarikat pengeluar produk makanan dan keperluan harian termasuk beberapa jenama terkenal, dikesan belum membaharui sijil pengesahan halal. Berikutan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak dapat menjamin status perkhidmatan dan produk berkenaan sama ada halal kerana ia meragukan.

Pusat penyembelihan itu terletak di ibu kota dan Labuan, Perak, Selangor, Melaka, Kedah, Johor, Negeri Sembilan serta Pulau Pinang. Antara produk makanan dan barangan keperluan harian itu pula ialah minuman segera, makanan dalam tin, majerin, bebola ikan, nugget dan burger.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz, berkata pusat penyembelihan dan syarikat terbabit akan dikenakan tindakan jika masih menggunakan logo halal setelah sijil pengesahan halal berkenaan tamat tempoh.

"Menjadi tanggungjawab syarikat terbabit memperbaharui sijil pengesahan halal, empat bulan sebelum tempohnya tamat. Kebanyakan sijil pengesahan halal syarikat terbabit didapati sudah luput, Ogos lalu.

"Kealpaan mereka menyebabkan Jakim kini tidak dapat menjamin status perkhidmatan serta produk mereka sama ada halal atau tidak serta boleh meragukan pengguna," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Beliau berkata, perkara itu berlaku disebabkan kecuaian pengusaha pusat penyembelihan dan pemilik syarikat terbabit yang memandang remeh serta tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

Wan Mohamad berkata, sijil pengesahan halal yang dikeluarkan Jakim tidak boleh dipandang ringan kerana pihaknya bertanggungjawab memastikan pelbagai produk yang menggunakan logo halal tidak dicemari unsur haram.

"Jakim tidak akan berkompromi dalam soal halal haram kerana ia boleh menjejaskan kesucian umat Islam serta memperjudikan kepercayaan mereka terhadap kerajaan.

"Kedegilan pengusaha hanya merugikan mereka kerana pengguna kini semakin bijak dan mempunyai kesedaran kepenggunaan yang tinggi. Pengguna kini semakin teliti berhubung status makanan dan produk yang ingin dibeli," katanya.

Mengenai proses memperbaharui sijil halal, beliau berkata, ia mengambil masa sekurang-kurangnya dua bulan kerana terpaksa melalui proses pemeriksaan ketat terhadap premis dan bahan mentah yang digunakan.

"Bagi produk makanan pula, kita menitikberatkan bahan yang digunakan kerana kami pernah mendapati unsur tidak halal dicampur dalam produk makanan," katanya.

Maklumat mengenai pengeluar serta produk makanan dan keperluan harian yang sudah tamat tempoh sijil halalnya boleh dirujuk menerusi laman web Jakim di www.islam.gov.my/portal/.

INFO: Syarat rumah sembelih

Setiap penyembelih hendaklah warga negara Malaysia dan mempunyai Sijil Penyembelih
Jumlah penyembelih hendaklah mencukupi mengikut kadar sembelihan
Mempunyai Sijil Pemeriksaan Veterinar daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan
Rumah sembelih hendaklah berasingan dari rumah kediaman
Rumah sembelih hendaklah berpagar dan memastikan tiada binatang lain berkeliaran
Binatang yang disembelih tidak boleh dilonggokkan di dalam satu tempat

21 November 2009

Aiskrim Toyyibah & Isu Gelatin



Bagi yang meminati aiskrim, yang selama ini ragu-ragu akan sumber kandungannya, anda bolehlah mencuba aiskrim Toyyibah yang telah dikeluarkan oleh HPA pada bulan Mac 2009.

Ada beberapa persoalan yang sering didengar dan ada juga rungutan tentang aiskrim ini. Antaranya :-

1.Kenapa aiskrim ni mahal?

Kualiti asikrim ini adalah lebih tinggi berbanding kualiti aiskrim-aiskrim lain yang berada dipasaran dan yang paling penting adalah ia aiskrim yang mengandungi sumber yang halal. Tanpa Gelatin.

2.Gelatin tu apa?

Gelatin adalah bahan yang digunakan di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya unik. Kegunaannya diperluaskan ke dalam industri farmaseutika,kosmetik dan teknikal pula. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak dapat dihasilkan.
Terdapat 2 jenis gelatin. Gelatin ‘Type A’ kebanyakkanya didapati dari kulit babi. Gelatin ‘Type B’ pula didapati dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan ‘bovine’ sperti lembu, kambing dan kerbau.

Bagi orang-orang islam, walaupun sumber gelatin itu dari sumber yang halal dimakan, harus dititik beratkan ia turut disembelih mengikut syarak.

Antara makanan mengadungi gelatin

1.Konfeksionari (Coklat,gula-gula)
2.Puding, kek dan pai
3.Gummi, Jeli, pastil berperisa
4.Yogurt, keju dan butter
5.Aiskrim
6.Pencuci mulut segera
7.Gula-gula getah
8.Produk-produk daging yang diproses
Gelatin digunakan dalam produk-produk di atas sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, agen pelekat atau pengikat. Walaubagiman baiknya gelatin, soal halal atau haram perlu dititik beratkan. Sebab itulah aiskrim Toyyibah tidak mengandungi gelatin.

Sumber : Kosmo Online & Halalgelatin.com.my

P/S : Produk halal tanggungjawab bersama apa yang kita makan, itulah yang menjadi darah daging kita.

Sumber : KJPP Hpa Rompin

Pembunuhan Melalui Sebotol Coca Cola


Sumber: www.ibnuhasyim.com
Dapatkan Radix Cola sebagai alternatif.

HARI ini saya agak banyak masa lapang. Saya gerodek-gerodek laman web. Terjumpa berita dari Indonesia menyebutkan mantan PM Malaysia, Dr Mahathir Mohammad menyerukan supaya boikot secara luas produk-produk Amerika Syarikat dan mata wang dollar sebagai bentuk protes atas sokongan AS pada Israel.

"Mereka tidak akan mati jika tidak menggunakan produk AS," kata Mahathir yang ikut tunjuk perasaan bersama 5,000 warga Malaysia di depan kedutaan AS. "Saya berharap Starbucks dan McDonald’s tidak beroperasi lagi di sini," tegas Mahathir yang juga menyerukan agar negara-negara Arab menghentikan pasukan minyaknya ke AS.

Saya tidak sempat ikuti perkembangan itu waktu itu. Teringat pula kepada fatwa Dr Yusuf Al-Qardhawi beberapa tahun lalu. Saya gerodek-gerodek cari dalam internet… Jumpa, antaranya berbunyi…

"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam. Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!" -Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 Qatar.

Apa barangan selain dari Coca Cola itu? Bagaimana hendak tahu ianya buataan Israel?

1..Lihat label 'Made in Israel' atau yang sejenisnya.

2..Periksa barcode yang tertera pada setiap produk. Barcode selalu diawali dengan 2 atau 3 angka yang menunjukkan kod negara produsernya, dan kod negara Israel adalah '729'. Untuk daftar lengkap kod negara pada barcode, silakan lihat link di bawah http://www.mecsw.com/specs/ean_cc.html. Kod negara Israel adalah '729'. Kalau lihat awalnya nombor itu, jaga jangan beli!

3..Bagaimanakah hendak tahu perusahaan yang membantu zionis Israel? Sebuah perusahaan software Islam berpusat di England, InnovativeMinds telah melakukan penelitian ekstensif kepada perusahaan-perusahaan besar dunia yang telah terbukti membantu zionis Israel. Hasil penelitian itu mereka publish di homepage mereka dengan alamat di bawah, dilengkapi referensi link ke sumber informasi bersangkutan: http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.html .

4..Atau dengan melihat juga bentuk daftar logo pada alamat di bawah: http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html

Berdasarkan penelitian mereka, daftar perusahaan yang telah terbukti turut menyumbang zionis Israel, sehingga perlu kita boikot bersama-sama adalah:

1…McDonald's --> McDonald's Restaurants.
2…Coca-Cola --> Coca-Cola, Dr Pepper, Fanta, Fruitopia, Kia Ora,Lilt, Sprite, Sunkist,
Schweppes.
3…Starbucks --> Starbucks Coffee Stores, Starbuck coffee, chocolates,biscuits & ice-cream
products, Seattle Coffee Company, Pasqua Inc.,Hear Music, Tazo.
4…DANONE --> Strauss dairy, Danone yogart, Jacob biscuits, HP foods,Evian, Volvic,
Galbani, LEA & PERRINS, LU Biscuits.
5… NESTLE --> NescafĂ©, Perrier, Vittel, Pure Life, Carnation, Libby's,Milkmaid, Nesquik,
Maggi, Buitoni, Crosse & Blackwell, Milkybar,KitKat, Quality Street, Smarties, After
Eight, Lion, Aero, Polo,Shreddies cereal, Felix - cat food.
6… Johnson & Johnson --> Baby Products.
7…L'OREAL --> Giorgio Armani Perfumes, Redken 5th Avenue NYC, LancomeParis, Vichy,
Cacharel, La Roche-Posay, Garnier, Biotherm, HelenaRubinstein, Maybelline, Ralph Lauren
Perfumes, Carson.
8…REVLON --> Revlon cosmetic products, New World Entertainment, Forbes.
9…SARA LEE --> Hanes (Intimate apparel, hosiery, socks, knitwear,workwear, casualwear), Hillshire Farm (meat), Playtex (Intimateapparel), Champion (Men's and women's athletic apparel and men'sunderwear), Leggs (Hosiery), Jimmy Dean (meat), Douwe Egberts (Coffeeand coffee systems), Sara Lee Bakery, Dim (Intimate apparel, hosiery),Ambi Pur (Air fresheners), Ball Park (meat), Bali (Intimate apparel),Superior Coffee (Coffee and coffee systems), Just My Size (Intimateapparel), Kiwi (Shoe care), Maison Cafe (Coffee and coffee systems),Aoste (meat), Nur die (Hosiery), Pilao (Coffee and coffee systems) ,Lovable (Intimate apparel, men's underwear, socks), Outer Banks(T-shirts, sportshirts), Wonderbra - (Intimate apparel), Sanex (Bodycare), Pickwick (Tea), Gossard (Intimate apparel), Body Mist(bodycare), Brylcreem (bodycare), Aqua Velva (bodycare), Radox(bodycare).
10… Timberland --> Footwear, Outwear, Clothing, Gear.
11…NOKIA --> Nokia electronic products - mobile phones, tvs.
12…Intel --> Celeron, Pentium, Itanium, etc.
13…IBM.
14…Walt Disney --> Disneyland, EuroDisney, Disney Products.
15…AOL Time Warner --> AOL Internet, Time Magazine, Life Magazine,Time-Life books, CNN, ICQ.
16… APAX PARTNERS & CO. LTD --> Merlin Entertainment Group, Stead &Simpson Group, Brands Hatch Leisure Holdings, easyEverything Limited,Yell, Jonny Rockets Group, Protection
One, Sunglass Hut, Greenbacks.
17…Delta Galil Industries Ltd --> Marks & Spencers, Hema, Carrefour,Auchan, Tchibo, Victoria's Secret, GAP, Banana Republic, Structure,J-Crew, J.C. Penny, Pryca, Lindex,DIM, Donna Karan / DKNY, Ralph Lauren, Playtex, Calvin Klein, Hugo Boss.
18…Estee Lauder --> Aramis, Clinique, DKNY, Prescriptives, OriginsNatural Resources, MAC
Cosmetics, La Mer, Bobbi Brown Essentials,Tommy Hilfiger Toiletries, Jane, Donna Karan
Cosmetics, Aveda, StilaCosmetics, Jo Malone, Bumble and Bumble, Kate Spade.
19…KIMBERLY-CLARK --> KLEENEX facial tissues, KOTEX products,HUGGIES disposable baby products, ANDREX products.
20…LEWIS TRUST GROUP LTD --> River Island clothing chain, Isrotelhotels in Palestine,
Ibrotel hotels in Spain/Portugal, BritanniaPacific Properties.
21. Marks & Spencer --> M&S stores, St. Michaels.
22. News Corporation --> Fox TV Network, 20th Century Fox Films, FoxKids, Sky TV Network, CNBC, National Geographical, Weekly StandardNewspaper, TV Guide, News of the World (UK), The Sun (UK), The Times(UK), Sunday Times, Times Educational Suppliment (TES), The Telegraph(Australia), Gold Coast Bulletin, Herald Sun, Independent NewspapersLtd,
Newsphotos, Sunday Herald, Sunday Mail, The New York Post (US),Harper Collins Book Publishers, Ragan Books, Zondervan, Nursery World,Rawkus, NDS, Mushroom Records,
ChinaByte.com, Festival Records.
23. Selfridges --> Selfridges Stores.
24. The Limited Inc. --> Express, The Limited, Lerner New York,Structure, New York and
Company, Mast Industries, Intimate Brands,Inc, Victoria's Secret, Bath & Body Works,
White Barn Candle Company,Henri Bendel.
25. HOME DEPOT --> Home Depot retails stores, EXPO Design Centers,Villager's Hardware
stores, Apex Supply Company, Georgia Lighting,Maintenance Warehouse, National Blinds
and Wallpaper.
26. Arsenal Football Club.

Apakah sebenarnya gerakan boikot ini? Gerakan boikot ini adalah usaha orang-orang biasa di seluruh dunia dalam menggunakan hak mereka, memilih apa yang ingin mereka beli dengan tujuan untuk menghentikan penjajahan dan penindasan zionis Israel atas Palestin. Ini adalah cara damai untuk memberi tekanan internasional atas negara zionis Israel.

Apakah ini bererti kita memboikot agama Yahudi atau etnis Israel? Tentu saja tidak. Boikot ini tidak ditujukan untuk agama Yahudi mahupun etnis Israel, melainkan ditujukan untuk negara zionis Israel yang melakukan penjajahan atas Palestin dan perusahaan-perusahaan apapun di seluruh dunia yang menjadi pendukungnya. Siapapun orang-orang di seluruh dunia yang sedar akan kesewenang-wenangan zionis Israel pasti turut menyokong aksi boikot ini. UNISON, sebuah trade union terbesar di England dengan 1.4 juta anggotanya, telah mengajak untuk memboikot produk Israel sejak tahun 2002. http://www.unison.org.uk/news/news_view.asp?did=136.

Christian Aid, sebuah agensi gereja-gereja di England dan Ireland, menyeru Kesatuan Eropah untuk memberi sangsi atas Israel termasuk membatalkan kesepakatan dagang Euro-Israel. http://www.christianaid.org.uk/news/stories/020403.htm. Gush Shalom, organisasi Israel non-pemerintah yang berperanan penting dalam menentukan agenda moral dan politik gerakan-gerakan damai di Israel, telah melancarkan boikot versi mereka untuk menolak membeli barang-barang produk daerah pendudukan Israel. http://gush-shalom.org/Boycott/boyceng.htm

Para ulama Islam seperti Sheikh Yusuf Al-Qaradawi fatwanya seperti yang disebutkan di atas, ulama Al-Azhar yang juga penceramah terkenal, Dr. Fu`ad Mukhaymar, ulama Al-Azhar yang juga ketua Institusi Mesir Sunni, dan Dr. As-Sayed Nuh, ulama Al-Azhar yang juga profesor ilmu Hadist di Universitas Kuwait, telah memfatwakan untuk memboikot barang-barang Israel dan perusahaan pendukung zionis lainnya.

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Sc\holar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503545220.

Demikian juga dengan Ayatullah Ali Khamenei, pemimpin spiritual tertinggi Iran, juga melarang pembelian barang-barang Zionis. http://www.arabicnews.com/ansub/Daily/Day/020823/2002082302.htmlhttp://www.islam-online.net/english/news/2003-02/04/article04.shtml

Apakah boikot ini benar-benar berfungsi?

Ya, tentu saja. Contohnya adalah perusahaan Coca Cola di atas, dan juga perusahaan McDonald yang sejak 2002 terpaksa menutup banyak cabangnya di timur tengah kerana boikot yang dilancarkan di sana. http://www.crisscross.com/jp/news/238166

Demi membantu kemerdekaan Palestin dan memotong sebanyak mungkin aliran dana ke zionis Israel, marilah kita boikot produk Israel dan perusahaan-perusahaan ini sekarang juga! Lebih dari itu, anda dapat juga membantu menyebar-luaskan ajakan boikot ini kepada keluarga, kerabat dan teman-teman, maupun membuat leaflet, pamflet mahupun booklet dan menyebarkannya di tempat-tempat umum yang diizinkan.


Kalau anda tidak melakukan hal ini, samalah dengan anda membenarkan dan berkerjasama melakukan jenayah ke atas rakyat yang tidak berdosa, atau membunuh satu nyawa dengan hanya membeli se botol Coca Cola.

Ibnu Hasyim Catatan Santai…
Jan19, 2009 KL.

30% Gelatin Kapsul Di Pasaran Tidak HALAL

Sumber: HPA Online Network

Kira-kira 30% daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.

Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.

“Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30% tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu. “Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan,” katanya selepas satu sidang akhbar di USM di Pulau Pinang hari ini.

Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang. Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas. “Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal. Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenal pasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat.

Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir. Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai. Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut. Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram.

Jadi, apa yang ditunggu lagi, marilah kita bertukar kepada perubatan HPA, gelatin Kapsul yang digunakan sah iaitu daripada lemak lembu yang disembelih.

19 November 2009

Flourida Dalam Ubat Gigi Boleh Membunuh

Dapatkan ubat gigi tanpa fluorida yang selamat dan halal hari ini juga jika anda sayangkan diri anda dan orang tersayang.

APA ITU FLUORIDA?

Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.

MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?

Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.

Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.

Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.

MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?

Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.

KES MAHKAMAH

Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah "Dental Fluorosis" (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.

PENYELIDIKAN AWAM

Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.
Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia."

AMARAN & PANDUAN

Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap Ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun/bahaya:

"WARNING: KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN UNDER 6 YEARS OF AGE. IF YOU ACCIDENTALLY SWALLOW MORE THAN USED FOR BRUSHING, SEEK PROFESSIONAL HELP OR CONTACT A POISON CONTROL CENTER IMMEDIATELY."

“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”

FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:

- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit

BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?-SEMESTINYA!

Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida. Lihat jadual tersebut:

SUMBER MAKLUMAT:
Panduan CAP, Bahan Penyebab Kanser Dalam Kosmetik & Produk Kegunaan
www.fluoridealert.org

18 November 2009

11 November 2009

Sos Cili HPA


Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Sos Cili Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA

Bukan hanya sedap dan lazat tetapi jauh berkhasiat daripada sos-sos yang lain dipasaran. Ini adalah kerana sos cili kita tidak menggunakan sebarang pewarna dan diproses terus dari cili dan tomato. Perbuatan sebahagian besar industri sos yang memasukkan pewarna bagi mendapatkan kilauan merah cili boleh mendatang masalah kesihatan dalam jangkamasa yang lama.

Pewarna dikatakan salah satu bahan yang menyebabkan berlakunya kanser. Dalam ertikata yang lain pewarna tidak menjadi darah dan daging dalam tubuh badan. Orang yang ada kanser payudara sangat bahaya dengan kehadiran pewarna terutama pewarna yang ada pada belacan/terasi(indon) kerana ia menjadi penggalak/pemacu(ind) pertumbuhan kanser. Inilah kesan pewarna dalam makanan dan kelebihan sos kita untuk kesihatan. Insya-Allah.

Keriangan bersama RFC.
Rata-rata orang menyatakan mereka menjadi gembira selepas makan di RFC,kenapa?
Ini adalah disebabkan Sos Cili RFC.Selain dari tidak mengandungi pewarna makanan ,ia juga membantu untuk penjagaan emosi.Kajian menunjukan cili mengandungi “capsaicin” yang bertindak untuk membebaskan hormon endofin dalam otak.

Sebab itulah apabila anda keluar dari RFC anda akan gembira berbanding daripada sebelumnya .InsyaAllah.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 3.30
Sabah & Sarawak: RM 3.80

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 2.80
Sabah & Sarawak: RM 3.30

Nilai Mata (NM): 0.25

Nugget Ayam


Dapatkan nugget ayam organik HPA hari ini juga. Semestinya organik, halal dan suci.

Mee Kuning Radix


Satu alternatif untuk semua yang tercari-cari mee kuning keluaran umat Islam. Mee kuning Radix ini didatangkan dalam bentuk kering. Cubalah hari ini juga.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia : RM 4.00
Sabah & Sarawak : RM 5.00

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia : RM 3.50
Sabah & Sarawak : RM 4.00

Nilai Mata (NM) : 0.5

Ikan Kering Gelama Masam HPA


Kepada peminat ikan kering, dapatkan ikan kering yang dibuat oleh orang Islam yang dijamin halal lagi suci.

Berikut adalah harga ikan-ikan yang dipasarkan,

1. Ikan Kering (Gelama Tengkerong)

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia : RM7.50
Sabah & Sarawak : RM8.50

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia : RM6.50
Sabah & Sarawak : RM7.50

Nilai Mata (NM) : 1

2. Ikan Kering (Gelama Pisang)

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia : RM6.50
Sabah & Sarawak : RM7.00

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia : RM5.50
Sabah & Sarawak : RM6.50

Nilai Mata (NM) : 1

3. Ikan Kering (Gelama Papan)

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia : RM7.00
Sabah & Sarawak : RM8.00

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia : RM6.00
Sabah & Sarawak : RM7.00

Nilai Mata (NM) : 1

4. Ikan Kering (Gelama Payang)

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia : RM6.00
Sabah & Sarawak : RM7.00

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia : RM5.00
Sabah & Sarawak : RM6.00

Nilai Mata (NM) : 1

Fish Ball HPA (Bebola Ikan HPA)


Fish ball keluaran HPA disediakan dari isi ikan tempatan yang segar dan bermutu tinggi serta diadun dengan campuran herba-herba terpilih.

Tiada penggunaan atau campuran MSG (AJINOMOTO). Menggunakan bahan-bahan berkualiti untuk mendapatkan produk yang suci dan menyelerakan, suatu jaminan fish ball yang enak dan sedap.

Boleh dimasak dengan cara kukus ataupun goreng. Dikilangkan mengikut amalan pengilangan baik atau GMP. Dijamin bersih dan halal. Sesuai dimakan oleh semua lapisan masyarakat.

Antara herba-herba yang digunakan ialah mata pelanduk, akar mengkudu dan halban.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia : RM13.00
Sabah & Sarawak : -

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia : RM11.00
Sabah & Sarawak : -

08 November 2009

Senggugut Dan Haid Yang Tidak Teratur

"Saya mengalami masalah senggugut setiap kali datang haid. Apabila datang haid, saya akan berkurung dalam bilik dan tidur. Ada kalanya saya rasa mahu pengsan dan selalunya saya sakit kesejukan. Saya mengalami masalah ini sejak berumur 15 tahun.

Apabila saya berumur 18 tahun, saya menceritakan masalah kesihatan saya kepada aunty saya iaitu Jafflan sigal (seorang pengedar produk HPA dan pemilik stokis di ranau). Aunty saya telah memperkenalkan herba senggugut kepada saya.

Pada mulanya,saya rasa ragu2 untuk mengamal produk itu dan pernah berhenti mengamal selama sebulan, tetapi dengan galakan daripada aunty saya, saya teruskan mengamalkannya.

Setelah saya menghabiskan herba kapsul, saya sendiri telah merasa kebaikan herba ini dan sekarang saya tidak perlu takut dan bimbang akan kesihatan saya. Saya mempercayai produk ini dan sedang mengamal produk HPA yang lain."

Jelly Rinda Jaupi - Sabah

Kopi Radix, Evergreen, Mega 3, Minyak But-But Baik Untuk Ibu Mengandung

"Saya mengamalkan produk di atas saranan suami semasa mengandung. Alhamdulillah, Kopi Radix membuatkan saya rasa lebih bertenaga sepanjang hari. Anak cepat berjalan hanya 10 bulan. Menyusu badan sampai 2 thn! Balik nursery tak nak botol lagi. Nak nen Nak je. Minyak But2 untuk sakit pinggang & lenguh2 hilang. Evergreen membuatkan anak saya tidak kena kuning selepas bersalin dan darah lebih bersih. Tapi anakku semangat 4kg. Kena juga caesar Mega 3 kapsul. Anakku cerdas bertutur 2 sukukata seawal 1thn. Cepat belajar :) JOM AMALKAN PRODUK HERBA HPA! MEMANG SANGAT BAIK!! "

Khadijah Bt. Mohd Hafiz - Selangor

Sumber: HPA-online.net

07 November 2009

Kopi Radix Diet

Campuran 7 herba bersama daun stevia. Daun stevia merupakan pemanis semulajadi. Radix diet ini amat sesuai untuk mereka yang mengidap penyakit kencing manis. Tidak mempunyai kalori dan juga pemanis tanpa toksid.

Dengan mengamalkan radix diet ini dapat membantu menurunkan kadar gula dalam badan, melawaskan air kencing, dapat menurunkandarah tinggi serta membunuh bakteria, kulat dan virus.

Radix diet juga dapat mengurangkan keradangan, membantu menurunkan berat badan, boleh merawat lukat terbakat serta menjadi tonik jantung.

Bagi yang ingin menurunkan berat badan anda dinasihatkan untuk makan nasi sebelum jam 3 atau 4 petang. Kelebihan kopi diet boleh diukur selepas tiga hari meminumnya dengan dos minima 2 cawan sehari iaitu pagi dan petang. Tubuh akan terangsang menjadi bertenaga dan sangat sesuai bagi mereka yang bekerja yang melibatkan tenaga fizikal.

Harga Pengguna :-
Semenanjung Malaysia : RM 20.00
Sabah & Sarawak : RM 26.00

Harga Pengedar HPA :-
Semenanjung Malaysia : RM 16.00
Sabah & Sarawak : RM 20.00

Minuman Bijirin Radix Cereal

Kandungan Utama :-

1. Gula Perang
2. Oat Segera
3. Garam Bukit
4. Kacang Soya
5. Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia)
6. Tebu Gajah (Albizzia Myriophylla)
7. Halban (Vitex Pubescen)
8. Larak Hutan (Polyalthia Hypoleuca)
9. Mengkudu Hutan (Morinda Eliptica)
10. Teja Lawang (Cinnamomum Inners)
11. Mata Pelanduk (Ardisia Crispa)

Khasiat :-

1. Mengandungi khasiat tujuh sinergi herba yang memperbaiki kesihatan.

2. Membekalkan tenaga dengan segera.

3. Pengamalan yang berterusan dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh.

4. Oat merupakan sumber utama diet fiber – dengan kadar 55% fiber larut dan 45% fiber tak larut.

5. Oat terdiri daripada peratusan kompleks karbohidrat yang tinggi.

6. Oat juga mengandungi vitamin B1 yang tinggi – diperlukan tubuh untuk metabolisma karbohidrat.

7. Bagi setiap gram, oat memberikan protein, kalsium, besi, magnesium, zink, kuprum, mangan, tiamin dan vitamin E.

8. Asid amino yang seimbang dalam oat membantu meningkatkan fungsi tubuh.

9. Oat bersifat rendah lemak secara semulajadi.

10. Lipid yang hadir dalam oat terdiri daripada asid lemak yang penting.

11. Oat juga adalah sumber bagi selenium.

12. Garam bukit secara semulajadi membekalkan mineral dalam tubuh.

Penggunaan :-

1. Tuang kandungan sachet ke dalam mug dan tambahkan air panas secukupnya. Kacau dan sedia diminum.

2. Sesuai dinikmati bersama keluarga pada bila-bila masa.

Kandungan:- 20 paket

Harga :-

Ahli RM 16.00, Bukan Ahli RM 19.00

06 November 2009

Hotel El-Zahraa Inn Telah Dibuka



Hotel El-Zahraa telah pun beroperasi secara rasminya. Tepat jam 11.00 pagi 21 Julai 2009, Hotel El-Zahraa telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Hj Ismail Bin Haji Ahmad. Sebelum itu, diadakan bacaan Yasin dan Al-Mathurat dan disusuri dengan solat dhuha di Dewan Hotel.

Hotel El-Zahraa merupakan sebuah hotel bajet bercirikan Islamik yang berkonsepkan Timur Tengah. El-Zahraa juga menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh umat Islam seperti sejadah di dalam bilik, laungan azan serta bacaan ayat suci Al-Quran.

El-Zahraa Inn juga dirangkaikan dengan penginapan secara Homestay sebagai penginapan alternatif bagi menampung keperluan sekiranya hotel penuh. Penginapan ini disediakan di Jawi Homestay, di Bandar Laguna Merbok. Hotel ini juga menyediakan sejumlah 29 bilik untuk dinikmati oleh oleh para pelanggan. Bilik Superior (single) sesuai bagi pelanggan yang memerlukan ruang tidur dan rehat yang ekonomi. Manakala bilik superior (Double) bagi pelanggan yang berpasangan. Bagi mereka yang berkeluarga boleh memilih bilik jenis Deluxe manakala bagi pelanggan yang mementingkan keselesaan dan ketenangan bolehlah memilih Executive yang dihiasi fabrik serta hiasan dalaman serba mewah.

Kemudahan dalam bilik :-

1.Bilik berhawa dingin
2.LCD TV
3.Siaran Astro
4.Wifi
5.Telefon
6.Bar mini/Peti sejuk
7.Cerek
8.Air panas/sejuk
9.Seterika/papan
10.Sejadah, Al-Quran dan arah kibalat
11.Produk HPA
12.Bantal dan selimut tambahan
13.Kain batik dan kain pelikat
Terletak di tengah kepesatan pertumbuhan bandar Sungai Petani bahagian Utara, iaitu di Lagenda Height, El-Zahraa Inn boleh dikunjungi dari plaza tol Sungai Petani utara oleh pelanggan yang menggunakan lebuhraya utara-selatan. Hotel ini juga dikelililngi oleh rangkaian perniagaan HPA yang lain seperti Restoran Radix Fried Chicken, ROR, ROC dan Radix Bakery House.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi:
Tel : 04-4259144/150
Fax: 04-4259131
Email: elzahraa_inn@yahoo.com

Sumber: DuniaHerbaHPA.com

Sardin HPA

Berita berkaitan Sardin HPA:

Pasaran Sardin

Pasaran untuk sardin dalam bentuk tin sangat tinggi sehinggakan dalam waktu yang terdekat sahaja hampir semua cawangan HPA kehabisan stoknya. Pemintaan yang tinggi ini di jangka akan berterusan memandangkan hanya satu sahaja syarikat pengetinan sardin yang di miliki oleh bumiputra di Malaysia. HPA menjadikan produk ini sebagai salah satu produk halal yang dipasarkan di dalam sistem MLM Syariahnya.

Saya mendengar komentar daripada pengguna bahawa mereka sudah lama tidak mengambil sardin dalam bentuk tin disebabkan kesukaran mendapatkan produk Islam. Selain daripada sardin, HPA juga bercadang untuk pengetinan ayam, lembu, bilis dan kambing. Sudah sampai masanya rangkaian produk halal akan menguasai pasaran lokal dan dunia.InsyaAllah.

Sumber: DuniaHerbaHPA.com

Aiskrim Toyyibah Perisa Vanila & Roselle Ripple








Perisa baru untuk Aiskrim Toyyibah HPA, Perisa Vanila & Roselle Ripple (1 liter).

Radix Fried Chicken (RFC) Ke-4 Di Kluang

Alhamdulillah, Kluang kini menjadi cawangan ke-4 restoran Radix Fried Chicken (RFC) selepas Sg Petani, Bandar Laguna Merbok dan Alor Setar. Majlis perasmiannya telah berlangsung pada 24 Oktober 2009 yang lalu dan disempurnakan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Haji Ahmad.

Kini masyarakat Kluang sudah ada pilihan, jadi selepas ini tidak ada lagi alasan. Radix Fried Chicken (RFC) adalah suatu imej Halal lagi berorganik. Radix Fried Chicken (RFC) akan menjadi pilihan seluruh masyarakat Malaysia.

RFC yang seterusnya akan menyusul di Melaka, Shah Alam, Taman Permata Ampang dan banyak lagi. Insyaallah Koperasi Wahida Berhad akan memainkan peranan dalam mengembangkan Radix Fried Chicken (RFC) dan Radix Chicken House (RCH). Jom melabur dalam KOPERASI WAHIDA BERHAD.
Sumber: DuniaHerbaHPA.com

Radix Pizza House Kini Beroperasi












Satu lagi sejarah dilakar oleh HPA di mana restoran Radix Pizza House (RPH) yang dinanti-nantikan oleh para pengedar HPA telah pun mula beroperasi pada 17 hb Oktober 2009 bertempat di Lagenda Heights Sungai Petani.

Restoran ini menyediakan masakan pizza seperti rendang pizza, satay pizza, tandoori chicken pizza dan lain-lain serta masakan western food seperti spaghetti.

Waktu perniagaan juga adalah sama seperti rangkaian restoran HPA yang lain iaitu bermula jam 9.00 pagi sehinggalah jam 11.00 malam.

Sumber: DuniaHerbaHPA.com

02 November 2009

Minuman IMT

Satu lagi produk HPA yang akan menjadi keperluan setiap rumah ialah IMT drink. Minuman ini dibuat dengan satu bentuk pemerosesan tradisional untuk tujuan yang sangat banyak. Saya percaya sambutan kepada IMT drink akan bertambah dan mungkin melebihi pemintaan Minyak But-but sekiranya pengguna faham kelebihanya.

Antara kelebihannya ialah :-

1. pelindung hati
2. demam panas dan demam selsema.
3. sakit tekak
4. resdung
5. sakit sendi
6. cirit-birit
7. ketersumbatan jantung
8. menurunkan kolesterol
9. menurunkan darah tinggi

Boleh diminum sebotol sekali dan ulangi hingga sembuh. IMT Drink tidak bermasalah dengan anak-anak kecil dan kurangi dosnya.(secawan kecil).
Ia sudah tidak mempunyai rasa pahit (daun hempedu bumi) tetapi sangat berkesan. Dari kajian kami 90% lebih pengguna menyatakan sangat baik untuk anak-anak mereka. Ini bererti kita kini telah menemui ubatan demam tanpa kimia, tanpa rasa pahit dan sangat berkesan.

Ia di proses dari daun hempedu bumi dan air mineral HPA yang beralkali (pH 9.8 ). Dimana air mineral ini boleh diperolehi ? Air yang Allah keluarkan untuk kita di Pokok Sena Kedah. Allahuakbar. Selamat mencuba dengan Izin Allah.

KAJIAN Pokok Herba Hempedu Bumi (Andrographis paniculata)

Kelebihan:

1.Andrographolid - Bahan utama yang menghalang pertumbuhan sel kanser hati, payudara dan prostat
2.Flavonoid - Antitrombosis (Mencegah dan menghancurkan pengumpulan darah).
3.Lactone - Antiradang / Antipiretik (pereda demam, panas dalam, radang paru-paru, tonsilitis, batuk berkahak)
4.Hepatoprotector - Detox (Membersih dan melindungi organ hati dari keracunan)
5.Immunostimulant (fagositosis) - Meningkatkan pengeluaran Antibody sebagai Antivirus dan Antibiotic.
6.Antihistamine - Mengurangkan pengeluaran histamin bagi alahan (resdung)
7.Produk HPA lain yang menggunakan Daun Pokok Hempedu Bumi ialah D’DET, KAPSUL IMT, HERBA RENDAMAN KAKI

Sumber: DuniaHerbaHPA

Harga:
Ahli RM3.00, Bukan Ahli RM 3.50

22 October 2009

Radix Bakery House


Radix Bakery House HPA yang terletak bersebelahan dengan Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC) memulakan perniagaannya pada 5 Ogos 2009 yang lalu selepas dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail Haji Ahmad.




Radix Bakery House ini menggunakan produk-produk HPA seperti olive oil, madu, kismis, kopi radix, koko radix, jem nenas, jem roselle dalam pembuatan kek dan roti yg dijamin HALAL.Di samping itu juga produk-produk Radix Bakery House ini mempunyai keunikan tersendiri kerana mengandungi herba-herba HPA.


Di antara produk-produknya ialah cup cake, muffin, aising cake, pizza,cream puff, roti, butter cake, biskut dan lain-lain.Di antara sebab-sebab yang membuatkan HPA mahu menubuhkan kedai keknya sendiri adalah kerana menyahut seruan daripada JAKIM dan PPIM yang mengatakan bahawa lebih daripada 80% kek yang dijual di pasaran pada hari ini menggunakan berus yang mengandungi bahan haram.


Penggunaan jeli dan gelatin serta keju yang berleluasa dalam pembuatan kek ini juga antara faktor usaha dari HPA ini. Alhamdullillah, keju yg digunakan dalam produk Radix Bakery House ini adalah diperbuat daripada minyak kelapa sawit seperti yg dimaklumkan oleh Tuan Haji semasa perasmian berlangsung.


Penggunaan mentega dan pewarna juga membimbangkan kita. Tetapi HPA tetap mencuba mencari altenatif lain yang dapat menggantikan bahan ini. Malah ada juga kek yang mengandungi sedikit alkohol untukk membuatkan kek tersebut jadi gebu dan besar.


Semua masalah ini Insyaallah, HPA berusaha untuk mengadakan altenatif lain.Semoga perniagaan kek ini dapat didirikan di setiap daerah agar tiada lagi kebimbangang terhadap produk kek di Malaysia.

21 October 2009

Jom Berubah

Kami ingin mengajak semua ahli HPA sekalian dan juga yang bukan ahli HPA khususnya umat Islam untuk sama-sama beralih menggunakan produk SUCI & HALAL HPA dalam setiap produk asas harian di rumah anda.

Apa yg perlu anda lakukan hanyalah menukar produk kegunaan harian di rumah anda kepada produk jenama HPA.

Kenapa perlu berbuat demikian? Kerana sebagai umat Islam kita wajib mencari produk yg suci dan halal. Apatah lagi produk HPA dihasilkan oleh syarikat bumiputra Muslim.

Adakah anda yakin produk yang anda gunakan sekarang ini suci dari bahan-bahan yang meragukan? Atas sebab itu anda harus melakukannya dengan niat untuk membawa produk suci dan halal ini ke dalam rumah. Disamping itu, bagi ahli HPA pula dalam masa yang sama anda akan dapat mengumpul Nilai Mata (NM) dan berpeluang menikmati bonus daripada HPA.

Apa produk HPA yang anda boleh cuba dan tukarkan?

Di sini disenaraikan antara produk kegunaan harian yang anda boleh tukarkan kepada produk HPA.

Air minuman: Air Mineral HPA
Aiskrim: Aiskrim Toyyibah (perisa koko, kopi, jagung dan vanilla)
Ayam: Ayam Organik HPA
Baja: Baja Organik HPA
Balm: Balm Pala Aromatik
Bedak: Bedak Talkum Lelaki, Wanita dan Bayi
Bedak Sejuk: Bedak Sejuk Tompok Hitam HPA
Bengkung/Barut: Barut berherba/Azzahraa Corset (untuk selepas bersalin)
Beras: Beras Perang Organik
Berus Gigi: Berus Gigi Kasturi
Biskut: Biskut Radix, Biskut Coklat Radix
Cecair Pencuci Tangan: Orange Wash
Cecair pencuci pinggan: Wahdah
Daging: Daging Kambing, Lembu Organik HPA
Diapers/Lampin pakai buang: Diapers Babyku HPA
Fish Cake, Ball, Nugget, Burger: Fish Cake, Ball, Nugget, Burger HPA
Jem: Jem Roselle, Jem Nenas
Kelengkapan Umrah dan Haji: Produk Omrahaj HPA
Kopi: Kopi Radix, Kopi O Radix, Kopi Radix Diet (menggantikan Nescafe, kopi)
Kordial minuman: Kordial Roselle/Pegaga/Kurma/Mangga/Jambu Merah
Kosmetik: Centella White
Losyen Badan: Body Hydrating Lotion HPA (Centella White)
Mee kuning: Mee Kuning
RadixMilo/minuman coklat: Radix Koko
Minuman Berkarbonat: Radix Cola, Radix Sarsi, Radix Oren, Ice Cream Soda Radix
Minuman bijirin: Cereal Radix (menggantikan nestum, quaker oat)
Minyak angin: Minyak Sahara (pengganti minyak angin cap kapak)
Minyak Bayi: Minyak Bayi HPA
Minyak rambut: Tonik Pandan /Tea Tree Oil Cream/Minyak Zaitun
Minyak/Krim urut: Minyak But-but/Krim But-but
Pencuci Tandas, Lantai, Pinggan: Pencuci Widuri, Merbau, Angsana
Penghindar Serangga: Penghindar Serangga Jasmin (pengganti Ridsect dll)
Perapi rambut: Hair Conditioner HPA
Perencah: Perencah Alami
Rempah Kari: Rempah Kari Daging, Ikan HPA
Sabun mandi: Sabun Safron/Susu kambing/Pegaga/Cassia/Whitening/Men 2 in 1/Cucumber Bath Gel
Sabun pencuci baju: Freesia Plus (serbuk dan cecair)
Sate: Sate Ayam Organik HPA
Sos: Sos Cili, Tomato, Thai, Roselle HPA
Sosej: Sosej Ayam HPA
Syampu rambut: Syampu Betik/ Pandan Kasturi/Pegaga/Aromaterapi
Teh: Teh Herba/Teh Asiatica Plus/ Teh Tropika/Teh Manjakani/Minuman ALG/Minuman Serai
Tepung Ayam Goreng: Tepung Goreng RFC
Ubat batuk: Madulia
Ubat gigi: Ubat gigi herba HPA, Amal

Kami yakin, sudah pasti produk-produk yang kami senaraikan di atas adalah produk yang sering anda gunakan setiap hari.

Akan datang akan ada lebih banyak lagi produk HPA berbentuk kegunaan harian yang akan dikeluarkan.

Oleh itu, jangan berlengah lagi…Mari Bersama Kami menggunakan produk SUCI & HALAL HPA ini.Buat ahli HPA, jadilah pengguna setia produk HPA…Buat mereka yang belum menjadi ahli HPA, sertai kami segera untuk merasai kehebatan produk HPA dan berpeluang menjadi usahawan produk Halal yang berjaya…

Buat umat Islam, marilah bersama kami menggunakan produk HPA ini, kalau bukan anda, siapa lagi yang akan menyokong produk umat Islam ini!

Sumber: Duniaherba

19 October 2009

Herba Pelawas

Usus merupakan organ utama dalam menentukan kesihatan seseorang. Makanan yang berserat tinggi dapat mengurangkan risiko kepada penyakit jantung dan kadar kolesterol tinggi.

Produk ini merupakan herba yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan amat baik kepada mereka yang menghadapi permasalahan di bahagian usus. Pelawas dapat mengurangkan risiko penyakit dengan mengurangi masa transit makanan pada saluran gastrousus dan membantu mengurangkan kadar kolesterol LDL serta membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Sehubungan dengan itu, Pelawas dapat mengurangkan risiko sakit jantung kerana ia bertindak mengikat lemak-lemak dan asid empedu yang dikelaurkan sebagai bahan buangan sehingga pengamal akan mendapati kadar kolesterol LDL akan menurun setelah beberapa minggu mengamalkan Pelawas.

Produk ini bertindak sebagai serat mudah larut dan amat sesuai untuk penderita kencing manis kerana Pelawas dapat mengendalikan kadar gula dalam darah.Pelawas juga dapat menyerap kadar air yang tinggi dan ini akan memudahkan proses pembuangan air besar.

Pelawas dapat mengubati permasalahan dalam usus besar seperti divertikulitis dan irritable bowel syndrome (najis tersumbat dan terlekat pada dinding usus besar).

Pelawas amat baik untuk mereka yang ingin mengawal kadar berat badan yang berlebihan.

Kandungan Bahan: Ipmea Reptans

Cara Pemakanan: Amalkan 2 kapsul pada malam dan 2 kapsul pada siang.J

Jumlah Kandungan: 75 kapsul per botol

Harga:

Ahli RM16.00

18 October 2009

Spirulina (Kapsul)

Spirulina (Arthospira) adalah sejenis ganggang biru hijau dan sejak puluhan tahun yang lalu telah dijadikan makanan kesihatan melalui penelitian para ahli dunia. Makanan yang dikonsumi oleh manusia sekarang banyak menyebabkan terkumpulnya toksid dalam badan, sehingga menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, sakit jantung, imuniti turun, fungsi organ menjadi lemah dan lain-lain. Hal ini merupakan masalah besar di negara-negara maju kerana 60% penyebab kematian disebabkan oleh faktor kekurangan zat-zat makanan.

Manfaat Spirulina adalah:

1. Meningkatkan aktiviti anti-virus
2. Menurunkan kadar kolesterol
3. Menurunkan risiko serangan kanser
4. Meningkatkan daya tubuh badan
5. Mengurangkan keracunan pada ginjal
6. Meningkatkan jumlah mikroba lactobacillus yang terdapat di dalam usus
7. Mempercepatkan penyembuhan luka
8. Mengatasi masalah kekurangan zat/mineral
9. Mengurangi penderitaan akibat radiasi.

Komposisi (60 Kapsul per botol)
Dos :1-2 kapsul pagi, dan 1-2 kapsul malam (baik untuk anak-anak mahupun orang dewasa atau lanjut usia).

Harga:

Ahli RM24.00, Bukan Ahli RM 30.00

Sumber: DuniaHerbaHPA

Wahdah (Cecair Pencuci)

Cecair pencuci Wahdah ini dapat menanggalkan kotoran minyak pada pinggan mangkuk. Juga bertindak melembutkan tangan dan boleh digunakan bagi yang mempunyai tangan sensitif.

17 October 2009

Kismis Minda

Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa. Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya.

Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot.
Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.


Nama-nama bagi kismis:
  • Inggeris : Grape seed / Raisin

  • Arab : Zabib

  • Melayu : Kismis

  • Saintifik/latin : Vitis vinifera

Khasiat dan Kegunaan Kismis:

  • Melindungi hati.

  • Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).

  • Melawaskan pembuangan air besar.

  • Memperbaiki tone dan keanjalan kulit

  • Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).

  • Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.
Harga:
Ahli RM8.00

Kordial Kurma Madu

Kandungan Utama: Kurma & Madu Lebah

Kepentingan Jus Kurma:

  • Kurma memudahkan proses kelahiran serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

  • Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, kalium, vitamin A, C, niasin.

  • Kajian saintifik menunjukkan kurma berkesan mengubati gangguan usus yang kronik.

  • Mengandungi protein dan garam galian yang membantu menghalang penghasilan sel darah putih berlebihan di usus kecil.

  • Mengatasi sembelit, namun tidak sesuai untuk penghidap diabetes.

  • Penawar untuk masalah insomnia.

  • Gula dalam kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong justeru melegakan batuk.

  • Unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita mengandung (baik untuk perkembangan fetus) dan selepas bersalin. Ia membantu proses kelahiran, memperkukuhkan urat-urat rahim, mengurangkan tumpahan darah dan redakan tekanan darah tinggi.

  • Menguatkan ingatan, bantu tumbesaran dan menambahkan tenaga.

  • Melicinkan perjalanan darah, menghindari penyakit barah dan merawat buah pinggang.

  • Fiber semulajadi yang mengelak kanser kolon.

  • Memelihara kesihatan, mengelak rabun malam. Pejuang Islam di zaman Rasulullah mengamalkan kurma untuk merangsang otot dan mata.

  • Kalsium berguna dalam pembentukan tulang dan mengelakkan tulang menjadi rapuh.

  • Disyorkan untuk kanak-kanak hiperaktif.

Penggunaan:

Boleh diminum pada bila-bila masa dan sesuai untuk seisi keluarga.

“Menguatkan ingatan, bantu tumbesaran dan menambahkan tenaga”

Harga:

Ahli RM12.00
Kuantiti : 1 Liter

12 October 2009

EQ Minda

EQ Minda merupakan formulasi produk pemakanan kesihatan alami yang difokuskan bagi membantu perkembangan minda anak-anak, tidak hanya dalam bidang akademik yang boleh diukur secara IQ, tetapi juga kemahiran emosi yang dikenali sebagai EQ atau Emotional Intelligent.

Islam telah lama mengajar kita tidak hanya mengambil pemakanan yang halal, tetapi halalan thaiyyiban (halal lagi baik). Kombinasi 2 elemen tersebut adalah dipercayai dapata melahirkan generasi yang bukan sekadar pintar tetapi mampu mengawal diri dan berakhlak dengan akhlak yang terpuji lagi mulia.

TAKRIF EQ (EI)

Para sarjana telah membuat definisi EQ sebagai:

“Emotional intelligence is a set of acquired skills and competencies that predict positive outcomes at home with one’s family, in school and at work. People who possess these are healthier, less depressed, more productive at work and have better relationships.”

Perbezaan di antara EQ dan IQ adalah IQ mudah diukur dan stabil setiap waktu, manakala EQ sukar diukur dan tidak stabil sepanjang masa. Hanya sistem pendidikan yang sempurna dan bersifat Rabbani yang mampu melahirkan bukan hanya generasi minda kelas pertama tetapi ilmuan cemerlang lagi muttaqin.

RAMUAN UTAMA PRODUK EQ MINDA HPA

Madu Lebah (Honey)
Badam (Almond)
Habbatus Sauda’ (Black Seed)
Kacang Adas (Lentil)
Kurma (Dates)
Tin (Figs)
Kismis (Raisins)
Zaa’rafan (Saffron)
Halia (Ginger)

PENJELASAN MENGENAI KHASIAT RAMUAN FORMULASI EQ MINDA HPA

1. MADU LEBAH (HONEY)

Madu adalah pemakanan lengkap yang diturunkan bersama Al-Quran. Ia merupakan penyembuh utama dan amalan memakannya merupakan sunnah. Ia membekalkan tenaga serta nutrien-nutrien yang diperlukan oleh badan. Ia dapat menghilangkan keletihan serta membantu perkembangan minda dengan membekalkan nutrien-nutrien yang diperlukan untuk kecergasan dan kecerdasan, terutama semasa melaksanakan proses pembelajaran.

2. BADAM (ALMOND)

Badam juga membekalkan pelbagai vitamin dan mineral serat, protein, lemak yang sihat serta kandungan fitokimia tertentu untuk kemaslahatan manusia. Satu hidangan khasiat badam (sebanyak 23 biji) mengandungi khasiat berikut:

35% daripada nilai keperluan harian anda atau Daily Value (DV) bagi antioxidant (vitamin E) 20% DV bagi magnesium 15% DV bagi phosphorus 13% DV bagi riboflavin 8% DV bagi kalsium 6% DV bagi iron dan zink 4% DV bagi asid folik dan niasin

3. HABBATUS SAUDA’ (BLACK SEED)

Habbatus Sauda’ atau Jintan Hitam telah disyorkan pengambilannya oleh Nabi Muhammad SAW dengan menjadikannya sebagai amalan harian. Pengambilannya memberi kesan ke atas sistem paru-paru, perut dan limpa. Ia dapat meningkatkan imuniti, merangsang tenaga, memudahkan penghadaman, tonik dan pelbagai lagi khasiatnya.

4. KACANG ADAS (LENTIL)

Adas merupakan sejenis makanan yang disebut dalam Al-Quran. “Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya dan mentimunnya dan bawang putihnya dan adas (kacang dalnya) serta bawang merahnya.” Nabi musa menjawab: “Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih? Turunlah kamu ke Bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu”.” (Surah Al-Baqarah: 61). Adas membekalkan protein yang tinggi selain fiber, vitamin B1 dan mineral.

5. KURMA (DATES)

Kurma merupakan makanan tradisi di kalangan negara-negara Arab dan umat Islam. Ia membekalkan tenaga segera, fiber dan pelbagai khasiat pemakanan yang diperlukan.

6. TIN (FIGS)

Dalam Al-Quran, Allah telah menyebut mengenai buah tin disamping buah zaitun dalam surah At-Tiin. Buah tin (ara) merupakan sumber flavanoid dan polifenol yang baik. Ia juga mengandungi kandungan antioksidan dan fiber yang tinggi. Ia dapat mengatasi masalah penghadaman dan ancaman radikal bebas serta melambatkan penuaan selain meminimakan stress (tekanan) di kalangan pelajar.

7. KISMIS (RAISINS)

Kismis merupakan makanan yang disyorkan oleh ulama’-ulama’ perubatan Islam. Ia dapat membantu mengekalkan ingatan terutama bagi pelajar yang memerlukan ingatan yang tinggi seperti pelajar tahfiz dan undang-undang. Kismis juga dapat melindungi hati, memperbaiki sirkulasi, melawaskan pembuangan air besar dan melawan bakteria mulut.

8. ZAA’RAFAN (SAFFRON)

Zaa’rafan merupakan sejenis rempah yang didapati daripada pokok saffron crocus. Ia mengadungi lebih daripada 150 bahan meruap dan beraroma. Ia digunakan sebagai pewarna makanan, konfektineri dan dalam minuman. Khasiat perubatannya adalah antikarsinogenik, anti-mutegenik, immunomodulating dan kandungan antioksidan. Ia juga dijadikan dakwat bagi menulis ayat-ayat Al-Quran bagi kaedah rawatan pinggan putih.

9. HALIA (GINGER)

Menurut Al-Quran, halia merupakan sejenis minuman bagi para penghuni syurga. Ia digunakan dalam masakan serta mempunyai nila perubatan yang tinggi. Halia dapat merawat masalah angin dan mual, mengandungi antioksidan, bersifat karminatif (membuang angin) serta dapat merawat inflamasi (radangan), mengurangkan kolestrol dan merawat penyakit hati.

Penggunaan EQ Minda:Diambil sebelum makan, 1 sudu kecil, 2-3 kali sehari

Harga:
Ahli RM45.00, Bukan Ahli RM50.00

Ubat Gigi Herba

Herbal toothpaste
Tiada gelatin dan serbuk tulang
Tiada florida yang merbahaya
Sesuai untuk pengguna-pengguna muslim dan vegetarian
Mampu menyelesaikan hampir semua masalah gigi dan gusi

Kandungan

Mambu
Herba yang berasal dari India dan Myanmar ini terkenal sebagai anti-septik atau anti-bakteria bagi mencegah masalah gusi dan gigi yang berlubang

Cengkih
Herba yang berfungsi untuk menguatkan gigi dan seterusnya mencegah kerosakan gigi serta menyegar dan mengharumkan nafas

Kesan penggunaannya
Nafas segar
Gusi sihat
Basmi kuman
Gigi kuat
Gigi bersinar
Basmi kaviti

Harga:
200 g : Ahli RM5.00, Bukan Ahli RM6.00

10 October 2009

Deodorant (Lelaki & Wanita)

Deodorant adalah antara produk yang paling ditunggu-tunggu oleh semua khasnya ahli HPA. Sekarang ini kita sudah ada alternatif. Jom tukar dan amal. Produk ini telah diperkenalkan semasa Konvek 09 dan mendapat sambutan yang hebat. Stok agak terhad, dapatkan segera.

Berikut ialah ulasan Pengarah Urusan HPA mengenai Deodorant HPA:

"Alhamdulilah kita telah pun memperkenalkan deodorant untuk lelaki dan wanita. Terdapat tiga jenis iaitu:

1. Radix Men (lelaki)
2. Centella Woman (wanita)
3. Centella Mild

Produk ini telah diperkenalkan semasa konvek 09 dan sudah berada di pasaran. Terima kasih kepada semua ahli-ahli yang mencadangkan pembangunan produk ini untuk pasaran MLM. Kita bertanggungjawab bagi mewujudkan produk altenatif selagi ada kemampuan. InsyaAllah."

Sosej Ayam Organik

Keraguan untuk menikmati sosej kini bakal terubat. HPA telah mengambil alternatif terbaik di dalam memanfaatkan lagi Produk Ayam Organik. Dari Ayam Organik, maka lahirlah Sate Ayam Organik. Dan kini lahirlah pula Sosej Ayam Organik. Kepada penggemar sosej, inilah sosej yang halal dan suci. Dapatkannya di stokis atau cawangan HPA berdekatan anda.

Radix Chocolate (Homemade)

HPA telah mengeluarkan Radix Chocolate Almond, Radix Chocolate Hazel, Radix Chocolate Milk dan kini telah berada di pasaran.

Produk coklat ini diharap dapat dijadikan sebagai alternatif kepada semua umat Islam yang menggemari coklat. Semoga peminat koko selamat daripada penggunaan bahan lemak dalam coklat yang diharamkan.

Harga:

Ahli RM7.00, Bukan Ahli RM9.00

Lady Cheer (Pembersih Khas Wanita)

Rumusan istimewa dari ekstrak sireh dan manjakani bertindak membersih bahagian sulit wanita secara semulajadi agar lebih segar, harum dan penuh yakin sepanjang hari.

HPA telah mengambil inisiatif ini dengan mengadun semula formulasi sireh bersama herba lain bagi menghasilkan pembersih khas wanita Lady Cheer

Kelebihan produk

Merawat keputihan
Merawat kegatalan pada bahagian vagina
Melancarkan perjalanan haid
Penyubur kandungan wanita
Mengecut dan merawat kembali vagina

Kelebihan herba

Sireh
Merawat keputihan dengan merencatkan perkembangan kulat penyebab keputihan
Antiseptik untuk mengubati gatal dan alergik pada kulit serta ruam
Melancarkan perjalanan haid dan penyubur kandungan wanita

Manjakani
Sebagai elemen perawat dinding vagina
Membuang lendir dan partikal asing pada vagina
Menstabilkan pH vagina
Mengecutkan vagina serta merawat kembali saluran peranakan
Membantu metabolisma dengan mengekalkan vitamin E pada epidermis

Searapat
Merawat saluran pernakan dengan mengimbangi pH serta keasidan vagina

Harga:
100 ml : Ahli RM15.00, Bukan Ahli RM18.00

Kordial Roselle

Nama saintifiknya ialah Hibiscus Sabdariffa L yang merupakan tumbuhan yang amat tinggi kandungan vitamin C melebihi dari yang terdapat dalam keluarga limau (citrus).

Kelebihan pengambilan kordial roselle ini ialah:

Anti penuaan
Pencegah penyakit cardiavaskular
Pencegahan kanser
Demam panas/selesema
Resdung (alergi) dan lelah (athma)
Stress/sukar tidur (insomnia)

Harga:
1 liter : Ahli RM12.00, Bukan Ahli RM15.00

24 September 2009

Kopi Radix

Minuman Kopi Radix dirumus khas untuk para penggemar aroma kopi yang penuh khasiat. Berikut antara khasiat Kopi Radix;


  • Sebagai 'afrodisiak' menambah fertiliti (kesuburan)
  • Melawas air kecil dan air besar (sembelit)
  • Mengatasi masalah 'frigid' bagi wanita
  • Tongkat Ali sebagai herba utama (tonik)
  • Menghilangkan sakit sendi, urat serta menguatkan otot
  • Mengaktifkan biosintesis ke atas hormon endorgen
  • Berfungsi sebagai anti-kanser / anti-viral
  • Mengandungi flavonoid sebagai anti-oksidan
Kandungan Kopi Radix;

  • Tongkat Ali
  • Mata Pelanduk
  • Teja Lawang
  • Tebu Gajah
  • Larak
  • Mengkudu Hutan
  • Halban Hitam
Harga;

  • Radix Papan: Ahli RM16.00, Bukan Ahli RM21.00
  • Radix Jumbo: Ahli RM26.00, Bukan Ahli RM32.00
  • Radix Biasa: Ahli RM13.00, Bukan Ahli RM16.00

11 fakta tentang Kopi Radix (Sumber: HPA Online Network)

  • Pengurangan kafein dalam kopi radix tidak menggunakan bahan kimia methylene chloride tetapi ianya dikurangkan oleh Akar Tebu Gajah (Albizza Myriophilla) yang bersifat antidot yakni penawar racun.
  • Walaupun kafein dan air panas boleh memusnahkan vitamin C, tetapi vitamin C dalam kopi radix bersifat bioflavonoid (vitamin P) yang datangnya dari Akar Mengkudu Hutan (Morinda Eliptika) tidak dimusnahkan.
  • Agen antioksidan dalam kopi radix jauh lebih tinggi kerana ianya mengandungi Akar Halban (Vitex Pubescen) yang lebih bersifat Antioksidan.
  • Kesan afrodisiak (ghairah seks) dalam kopi radix ditingkatkan lagi dengan adanya Akar Tongkat Ali yang mendapat paten antarabangsa (Eurycoma Longifolia)
  • Kesan angin dalam kopi dapat ditawarkan oleh Akar Teja Lawang (Cinnamomum Inners) yang dimasukkan dalam ramuan kopi radix.
  • Akar Mata Pelanduk (Ardisia Crispa) dalam ramuan kopi radix dapat melancarkan kencing sekaligus dapat menyingkirkan asid urik berlebihan di dalam tubuh.
  • Kopi radix dapat meningkatkan kadar metabolisma tubuh kerana Akar Larak Hutan (Polyalthiya Hypolica) di dalam kopi radix dapat mengawal pengeluaran hormon tyroksin. Akar Larak Hutan juga bersifat kardiotonik yakni menguatkan jantung dan juga membanyakkan pengeluaran susu ibu bagi ibu yang menyusukan anak.
  • Kopi radix tidak menggunakan aroma tiruan yang boleh menyebabkan kencing berbau seperti kebanyakan kopi pracampuran lain dipasaran.
  • Kopi radix boleh mendapatkan tidur yang berkualiti kerana Xeronin dalam Akar Mengkudu Hutan dapat meransang Sel T menghasilkan hormon Melatonin yang mengawal kualiti tidur.
  • Akar Tongkat Ali dalam kopi radix berusia lebih 20 tahun yang kaya dengan mineral semulajadi seperti kalsium dan magnesium.
  • Kopi radix juga dapat mengurangkan ketagihan merokok jika ada niat untuk berhenti merokok.

Wallahualam. Semuanya ini dengan IZIN ALLAH jua. Kita merancang, Allah yang menentukannya. Allah yang menjadikan penyakit, Allah lah juga yang menyembuhkannya. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.

Tambahan Fakta tentang kopi radix adalah hasil catatan penulis dari kuliah Tuan Hj Ismail di dalam perjumpaan PJS MALAYSIA diawal tahun 2005 di Ayer Kroh Melaka dan ditampung dari catatan kuliah-kuliah Tn Hj Ismail dalam KPJ dan PIC. Tn Hj Ismail adalah Pengarah Urusan HPA INDUSTRIES SDN BHD pengeluar KOPI RADIX.

Radix Sarsi

Radix Sarsi adalah minuman ringan yang dapat memberikan kesegaran dan keseronokan untuk dinikmati. Sesuai untuk dihidangkan dalam pelbagai majlis dan suasana. Sinergi khas herba dalam minuman ini menjadikannya istimewa dan berbeza dengan pesaingnya disamping rasa sarsi (perasa yang berasal dari pokok sarsaparilla, Smilax regelii).

Kandungan flavonoid dalam S. regelii menunjukkan aktiviti keimunan positif dan perlindungan pada organ hati. Kehadiran minuman ringan ini diharap dapat memberi alternatif kepada para penggemar minuman berkarbonat untuk memilih kehidupan yang lebih sihat dan pilihan anda adalah pilihan dunia

Harga


  • 1.5 liter : Ahli RM3.30, Bukan Ahli RM3.50

  • 500 ml : Ahli RM2.00, Bukan Ahli RM2.50